e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara guna Perakam Lisan & Rubrik Bertutur

Jalankan ujian lisan bergilir: kad topik rawak, pemasa bersedia/bercakap, rubrik TP DSKP atau CEFR satu ketikan, ringkasan kelas, Cadang TP ke PBD — dan rakaman suara ke Google Drive (Pro).

Sebelum anda mula

Modul ini membaca data daripada modul lain. Siapkan yang bertanda Wajib dahulu.

  1. Wajib
    Senarai Murid (Portal Murid)Giliran dibina daripada murid kelas dalam Murid › Senarai.
  2. Wajib
    Jadual WaktuSenarai kelas & subjek dalam Set baharu, dan subjek untuk rubrik TP DSKP.
  3. Pilihan
    Profil (peringkat sekolah)Menentukan DSKP yang dimuat bagi rubrik TP DSKP.
  4. Pilihan
    KehadiranMurid TH hari ini ditanda pada kad murid.
  5. Pilihan
    PBDHanya untuk Cadang TP ke PBD.
  6. Pro
    Sambungan Google DriveRakaman suara dan Hantar ke Drive.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan. Guru rekaan Cikgu Rohana (Bahasa Melayu, SMK Bandar Contoh) menguji kelas 4 Cemerlang (24 murid rekaan) pada Isnin 5 Oktober 2026 dengan rubrik TP DSKP Bahasa Melayu Tingkatan 4 SK 1.4 (deskriptor sebenar) dan 12 kad topik isu semasa. Tiada nama murid sebenar.

Apa yang berbeza ikut pelan

Semua fungsi ujian lisan percuma selepas log masuk; Pro/Ultra menambah rakaman suara ke Google Drive.

Ciri Perakam LisanTetamuPercumaProUltra
Tugasan, kad topik, pemasa, rubrik satu ketikanLog masukYaYaYa
Ringkasan, Cadang TP ke PBD, Intervensi, sesi ulangan—YaYaYa
Laporan PDF/Word/Excel · kad topik & borang—Ya (nota kaki)YaYa
Rakaman suara ke Google Drive— ProYaYa
Hantar ke Drive (PDF)— ProYaYa (tiada salinan automatik)

TetamuLog masuk diperlukan

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Log masuk diperlukan

    Rekod lisan murid disimpan dalam akaun guru, jadi Tetamu yang mengetik kad Perakam Lisan & Rubrik Bertutur (atau sistemguru.my/#tools-perakam-lisan) mendapat tetingkap daftar / log masuk. Akaun Percuma sudah memadai untuk semua fungsi kecuali rakaman suara.

    Tetingkap daftar akaun dengan ayat tujuan untuk Perakam Lisan dan Rubrik Bertutur.
    1. Tujuan log masuk.

PercumaTugasan, giliran, rubrik, ringkasan & laporan

Semua langkah ini sama bagi Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Kenali skrin utama

    Tools › Subjek › Perakam Lisan & Rubrik Bertutur. Skrin utama menyenaraikan set lisan anda (satu set = satu kelas + satu tugasan lisan), dengan penapis Kelas, butang + Set baharu, lipatan Pustaka tugasan lisan dan Arkib. Kali pertama, sediakan tugasan dalam pustaka.

    Skrin utama Perakam Lisan yang kosong: penapis Semua kelas, butang Set baharu dan lipatan Pustaka tugasan lisan.
    1. Penapis Kelas.
    2. + Set baharu.
    3. Pustaka tugasan lisan.
  2. Langkah 2 Tugasan lisan: tajuk, kad topik & masa

    Buka Pustaka tugasan lisan › Buka pustaka (tugasan baharu dibuka sendiri jika pustaka kosong). Isi Tajuk, kemudian Kad topik — satu topik setiap baris (maks 60). Semasa ujian, setiap murid mencabut satu kad secara rawak.

    Masa bersedia dan Masa bercakap dalam saat (0–600) — taip atau tekan pratetap 30 / 60 / 120 / 180. Contoh: bersedia 60 s, bercakap 120 s.
    Editor tugasan: Tajuk Bercakap tentang isu semasa (T4), 12 kad topik, masa bersedia 60 dan masa bercakap 120 saat.
    1. Tajuk.
    2. Kad topik — satu baris satu topik.
    3. Masa bersedia + pratetap.
    4. Masa bercakap.
  3. Langkah 3 Pilih rubrik: TP DSKP, Katalog, CEFR atau Sendiri

    Rubrik mempunyai empat sumber: Katalog Lisan (instrumen lisan siap dengan kriteria bermarkah), TP DSKP (deskriptor TP1–TP6 sebenar daripada DSKP), CEFR (Pre-A1 hingga C2, sesuai Bahasa Inggeris) dan Sendiri (tahap dan kriteria anda).

    Contoh ini memakai TP DSKP: pilih Subjek daripada Jadual Waktu (Bahasa Melayu · Tingkatan 4), Standard Kandungan (1.4 Berbicara tentang sesuatu perkara…) dan tanda hingga 4 Standard Pembelajaran sebagai kriteria (1.4.1 dan 1.4.2).

    Sumber rubrik TP DSKP: Subjek Bahasa Melayu Tingkatan 4, SK 1.4 dan SP 1.4.1 serta 1.4.2 ditanda.
    1. Sumber rubrik.
    2. Subjek.
    3. Standard Kandungan.
    4. Standard Pembelajaran — kriteria (≤ 4).
    Pratonton rubrik: lajur TP1 Sangat Terhad hingga TP6 Cemerlang dengan deskriptor DSKP bagi setiap SP.
    1. Pratonton rubrik — deskriptor DSKP (KPM).
  4. Langkah 4 Simpan templat tugasan

    Pilihan lanjut menyimpan arahan kepada murid (dicetak pada kertas tugasan). Tekan Simpan templat. Templat boleh dipakai semula untuk kelas lain; Tandakan disahkan panitia… merekod pengesahan panitia (nama, jawatan, tarikh).
    Lipatan Pilihan lanjut, butang Simpan templat dan Tandakan disahkan panitia.
    1. Pilihan lanjut — arahan murid.
    2. Simpan templat.
    3. Tandakan disahkan panitia…
  5. Langkah 5 Cipta set untuk kelas

    Kembali dan tekan + Set baharu. Pilih Kelas (bilangan murid dipapar), Subjek, Tugasan dan semak Tajuk, kemudian Cipta set. Set menyimpan salinan rubrik dan kad topik.

    Tetingkap Set baharu: kelas 4 Cemerlang (24 murid), subjek Bahasa Melayu, tugasan Bercakap tentang isu semasa dan tajuk set.
    1. Kelas.
    2. Subjek.
    3. Tugasan.
    4. Tajuk.
    5. Cipta set.
  6. Langkah 6 Tab Rekod: giliran murid

    Set dibuka pada tab Rekod dengan Tarikh hari ini. Susunan giliran: Ikut senarai atau Rawak (susunan rawak tetap sepanjang hari itu walaupun halaman dimuat semula). Baris kemajuan mengira murid selesai dan tidak hadir; jalur status menunjukkan ✓ Disimpan.

    Kad murid aktif mempunyai ‹ › dan senarai pilih murid, Tangguh ↷ (hantar ke hujung giliran), Tidak hadir dan Lagi ▾ (padam rekod murid). Murid bertanda TH dalam Kehadiran hari ini diberi lencana TH.

    Tab Rekod set Lisan 4 Cemerlang: tarikh, susunan giliran, kemajuan Murid 1/24 dan kad murid pertama dengan kad topik, pemasa, rakaman dan rubrik.
    1. Tab Rekod.
    2. Tarikh.
    3. Susunan giliran.
    4. Kemajuan giliran.
    5. Kad murid aktif.
  7. Langkah 7 Cabut kad topik

    Tekan Kad topik: satu kad dipilih rawak daripada kad yang belum digunakan oleh murid lain dalam sesi ini (bila semua sudah digunakan, kad diulang). Paparkan kepada murid. Tukar kad dibenarkan sekali bagi setiap murid dan direkodkan.

    Kad murid ADAM dengan kad topik Kebaikan dan keburukan telefon pintar kepada pelajar, butang Tukar kad dan Mula bersedia.
    1. Pilih murid.
    2. Tangguh ↷.
    3. Tidak hadir.
    4. Kad topik.
    5. Tukar kad (sekali).
    6. Mula bersedia.
  8. Langkah 8 Pemasa bersedia → bercakap

    Mula bersedia mengira masa bersedia dengan bar kemajuan. Bila habis, bunyi bip dan pemasa terus bertukar kepada Bercakap (hijau). Pada akhir masa bercakap bip sekali lagi dan paparan bertukar Tamat (merah). ■ Henti pemasa berhenti bila-bila masa; ↻ Ulang pemasa bermula semula. Skrin tidak malap semasa pemasa berjalan.
    Pemasa Bersedia 00:36 dengan bar kemajuan dan butang Henti pemasa.
    1. Baki masa.
    2. Bar kemajuan.
    3. ■ Henti pemasa.
    Pemasa Bercakap 00:48 berwarna hijau, butang Rakam berkunci Pro dan pilihan Rakam bersama pemasa.
    1. Fasa Bercakap.
    2. ● Rakam — Pro.
    3. Rakam bersama pemasa — Pro.
  9. Langkah 9 Ketik tahap rubrik & simpan

    Bagi setiap kriteria, ketik tahap yang ditunjukkan murid (cth TP4). Ketik sekali lagi untuk membatalkan. Jumlah dikira serta-merta: dalam rubrik TP, tahap keseluruhan ialah TP yang paling hampir dengan purata (cth TP4 · 9/12); katalog memberi markah/peratus; CEFR/sendiri memberi band.

    Simpan & seterusnya › menyimpan dan membuka murid seterusnya dalam giliran (tanpa markah butang ini menjadi Langkau ›). Setiap ketikan disimpan sendiri — tanpa internet, ia beratur dan dihantar kemudian.
    Rubrik DSKP SK 1.4 dengan TP4 dipilih untuk 1.4.1 dan TP5 untuk 1.4.2, Jumlah TP4 9/12 dan butang Simpan dan seterusnya.
    1. Ketik tahap setiap kriteria.
    2. Jumlah — TP keseluruhan.
    3. Simpan & seterusnya ›.
  10. Langkah 10 Semak kemajuan & semua markah

    Baris kemajuan (cth Murid 22/24 · 19 selesai · 2 tidak hadir) dan jalur status sentiasa di atas kad. Lipatan Semua markah (grid) memaparkan setiap murid × kriteria dengan senarai pilih — sesuai untuk membetulkan markah tanpa membuka kad murid.

    Baris kemajuan Murid 22/24, 19 selesai, 2 tidak hadir dan status Disimpan.
    1. Kemajuan.
    2. Status simpanan.
    Grid Semua markah: senarai murid dengan pilihan TP bagi 1.4.1 dan 1.4.2; murid TH bertanda merah.
    1. Grid murid × kriteria.
  11. Langkah 11 Ringkasan: taburan, Cadang TP, Intervensi & sesi ulangan

    Tab Ringkasan: Taburan TP (atau band / julat markah), senarai Belum diuji, dan jadual setiap murid (markah kriteria, jumlah, TP, pautan rakaman, tarikh).

    Cadang TP ke PBD… — rubrik TP DSKP memakai TP rubrik terus; rubrik lain memerlukan Peta TP dalam Tetapan set. Semak / ubah TP setiap murid, pilih Tempoh, kemudian Sahkan & simpan ke PBD. Hantar ke Intervensi membawa murid bawah 50% ke borang Intervensi. Sesi ulangan untuk n murid mencipta sesi hari ini bagi murid yang belum diuji sahaja.
    Tab Ringkasan: butang Cadang TP ke PBD, Hantar ke Intervensi dan Sesi ulangan untuk 6 murid, carta taburan TP dan jadual murid.
    1. Cadang TP ke PBD…
    2. Hantar ke Intervensi.
    3. Sesi ulangan.
    4. Taburan TP.
    5. Jadual murid.
    Tetingkap Cadang TP ke PBD 4 Cemerlang: Tempoh Akhir Tahun dan TP cadangan bagi setiap murid untuk SK 1.4.
    1. Tempoh.
    2. TP cadangan — boleh diubah sebelum disahkan.
  12. Langkah 12 Laporan & bahan cetak

    Tab Laporan: Rekod lisan (SULIT — jadual murid × kriteria, taburan dan rubrik) dan Rubrik & kad topik (arahan murid, rubrik, kad topik untuk digunting dan borang pemarkahan kosong — tanpa nama murid). Muat turun PDF; Lagi ▾ memberi Word, Excel (Rekod & Rubrik), Cetak dan PDF terus.

    Tab Laporan dengan pilihan Rekod lisan dan Rubrik dan kad topik, bar Muat turun PDF dan pratonton Rekod Lisan SULIT.
    1. Jenis dokumen.
    2. Muat turun PDF.
    3. Hantar ke Drive — Pro.
    4. Pratonton.
    PDF Rekod Lisan bertanda SULIT: maklumat set dan jadual 24 murid dengan TP berwarna.

    PDF sebenar (Percuma bernota kaki).

    PDF kad topik: lapan kad bergaris putus-putus bertajuk topik isu semasa.

    Kad topik — gunting ikut garis putus-putus.

    PDF borang pemarkahan kosong dengan lajur kriteria dan jumlah.

    Borang pemarkahan untuk kegunaan luar talian.

  13. Langkah 13 Tetapan set

    Kemas kini daripada pustaka menyalin perubahan rubrik/kad (kriteria yang sudah ada rekod dikekalkan). Izin rakaman (Pro), pola nama fail rakaman, Paparan nama (Nama penuh / Inisial / Nombor giliran — guna inisial bila skrin dipancar), Peta TP bagi rubrik bukan TP, Arkibkan set dan Padam set… (taip PADAM).
    Tetapan set: Kemas kini daripada pustaka, izin rakaman, nama fail, paparan nama, Peta TP serta butang Arkibkan set dan Padam set.
    1. Kemas kini daripada pustaka.
    2. Paparan nama.
    3. Peta TP ke PBD.
    4. Arkibkan set.
    5. Padam set…

ProRakaman suara & Google Drive (Pro dan Ultra)

Ultra tiada ciri tambahan dalam tool ini.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Sahkan izin rakaman (sekali setiap set)

    Pada Pro dan Ultra, sambungkan Google Drive di Guru › Akaun. Kali pertama anda menekan ● Rakam dalam sesuatu set, app meminta pengesahan bahawa rakaman suara murid dibuat mengikut dasar sekolah dan kebenaran ibu bapa/penjaga. Sahkan direkod dalam set (boleh ditarik balik dalam Tetapan set).

    Tetingkap Izin rakaman suara dengan butang Sahkan.
    1. Sahkan.
  2. Langkah 2 Rakam giliran murid

    Tekan ● Rakam; butang bertukar merah ■ Henti rakaman dengan masa (maksimum 5 minit). Tanda Rakam bersama pemasa untuk mula merakam automatik bila fasa bercakap bermula dan berhenti bila tamat.

    Selepas berhenti, fail audio dimuat naik terus ke Tools/Perakam Lisan & Rubrik Bertutur/Rakaman dalam folder Drive anda. Nama fail tanpa nama penuh murid (tajuk set · no. giliran inisial · tarikh). Jika muat naik gagal, rakaman disimpan dalam pelayar dan banner Cuba muat naik muncul.

    Butang merah Henti rakaman 0:03 dan pilihan Rakam bersama pemasa.
    1. ■ Henti rakaman.
    Tetingkap Berjaya: rakaman Lisan 4 Cemerlang 01 A. disimpan ke Google Drive dengan butang Buka Fail di Google Drive.
    1. Buka Fail di Google Drive.
    Kad murid selepas rakaman: butang Rakam semula dan pautan Buka rakaman.
    1. Buka rakaman — pautan Drive.
  3. Langkah 3 Drive untuk laporan

    Hantar ke Drive pada tab Laporan menyimpan Rekod lisan sebagai PDF peribadi (data murid). Tool ini sensitif: tiada salinan Drive automatik walaupun pada Ultra, dan tiada AI — Ultra sama seperti Pro.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Tetapkan kad topik dan masa dalam templat, kemudian guna semula untuk semua kelas.

Salah

Menaip topik dan masa semula bagi setiap kelas.

Sebab: Set menyalin templat; Kemas kini daripada pustaka membawa perubahan ke set lama.

Betul

Guna Tangguh ↷ bila murid belum bersedia.

Salah

Menanda Tidak hadir bagi murid yang ada di kelas.

Sebab: Tangguh menghantar murid ke hujung giliran; Tidak hadir merekod TH dan murid itu tidak dikira diuji.

Betul

Sahkan izin rakaman mengikut dasar sekolah sebelum merakam.

Salah

Merakam murid tanpa kebenaran atau di peranti kongsi.

Sebab: Rakaman ialah data peribadi; app hanya menyimpannya dalam Drive guru.

Betul

Semak TP cadangan sebelum Sahkan & simpan ke PBD.

Salah

Menganggap TP cadangan muktamad.

Sebab: TP dikira daripada rubrik satu sesi; guru yang menentukan TP akhir.

Soalan lazim

Rubrik mana patut saya pilih?

TP DSKP untuk PBD subjek KSSM/KSSR (deskriptor KPM sebenar); Katalog Lisan untuk instrumen lisan siap; CEFR untuk Bahasa Inggeris; Sendiri untuk rubrik panitia.

Adakah rakaman wajib?

Tidak. Rakaman ialah pilihan Pro/Ultra dan memerlukan pengesahan izin bagi setiap set.

Bagaimana jika internet terputus semasa ujian lisan?

Ketikan disimpan dalam peranti dan dihantar sendiri bila talian pulih; status menunjukkan bilangan yang belum dihantar.

Bolehkah murid melihat rekod ini?

Tidak. Rekod lisan hanya untuk guru; laporan bertanda SULIT. Kad topik dan borang pemarkahan tidak mengandungi nama murid.

Tool berkaitan

Buka Perakam Lisan & Rubrik Bertutur