e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara guna Lembaran Analisis Sumber Sejarah

Bina lembaran analisis sumber Sejarah: sumber teks, jadual dan gambar dengan butiran asal, templat analisis untuk murid, tangga soalan gaya peperiksaan dan skema yang setiap titiknya disemak terhadap petikan sumber — langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.

Sebelum anda mula

Modul ini membaca data daripada modul lain. Siapkan yang bertanda Wajib dahulu.

  1. Wajib
    Jadual WaktuSenarai Subjek dibaca daripada subjek Sejarah dalam Jadual Waktu anda (atau guna Isi sendiri). DSKP (SK/SP) dimuat ikut subjek & tingkatan itu.
  2. Wajib
    Teks / gambar sumber dengan butiran asalSediakan petikan, jadual atau gambar yang anda berhak gunakan, beserta pencipta, tahun dan terbitan.
  3. Pilihan
    Pentaksiran › JSUHanya untuk Pautan JSU.
  4. Pilihan
    Portal Murid (kelas & PIN)Untuk Hantar ke Portal Murid — kelas diambil daripada Jadual Waktu / Senarai Murid.
  5. Pro
    Sambungan Google DriveHanya untuk Hantar ke Drive.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan. Guru Sejarah rekaan Cikgu Mohd Faizal (SMK Bandar Contoh), Sejarah Tingkatan 4, SK 11.2 Pilihan Raya. Tiga sumber ditulis dan dilukis sendiri oleh guru rekaan berdasarkan fakta Pilihan Raya Umum Pertama 27 Julai 1955 (52 kerusi dipilih daripada 98 ahli Majlis Perundangan Persekutuan; Perikatan 51, PAS 1).

Apa yang berbeza ikut pelan

Semua ciri membina, menyemak, mencetak, Soalan Saya dan Portal Murid tersedia pada Percuma. Pro menambah AI salin-tampal dan Google Drive; Ultra menjana AI terus.

CiriTetamuPercumaProUltra
Buka toolLog masuk diperlukanYaYaYa
Sumber, analisis, tangga soalan, semakan petikan—YaYaYa
PDF / Word / Excel (lengkap & murid)—Ya (nota kaki)YaYa
Soalan Saya, JSU, Portal Murid—YaYaYa
Cadang tangga AI— ProSalin-tampalTerus + baki
Hantar ke Drive— ProYaYa

Tetamu

Tool ini memerlukan akaun kerana lembaran dan gambar disimpan dalam akaun anda.

Kad Lembaran Analisis Sumber Sejarah di hab Tools: Sumber, tangga soalan & skema, AI pilihan, Buka.
  1. Kad tool di hab Tools › Subjek.
Tetingkap daftar akaun: Daftar percuma untuk mula menggunakan Lembaran Analisis Sumber Sejarah, tab Log Masuk dan Daftar Akaun.
  1. Mesej — daftar percuma untuk tool ini.
  2. Tab Log Masuk (jika sudah ada akaun).

PercumaDari sumber ke lembaran bersemak

Semua langkah dalam bahagian ini sama bagi Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Buka Lembaran Analisis Sumber Sejarah

    Log masuk, kemudian Tools › Subjek › Lembaran Analisis Sumber Sejarah (pautan terus sistemguru.my/#tools-analisis-sumber).

    Halaman ada dua lajur: borang di kiri (1 Subjek → 2 Sumber → 3 Analisis & soalan → Jana lembaran) dan hasil di kanan (semakan, butang simpan, bar eksport dan pratonton). Draf borang disimpan sendiri dalam pelayar anda; lembaran yang sudah dijana disimpan dalam akaun.

    Skrin awal Lembaran Analisis Sumber Sejarah: butang Panduan, langkah 1 Subjek, 2 Sumber, 3 Analisis & soalan dan panel hasil yang masih kosong.
    1. Panduan ringkas dalam app.
    2. Langkah 1 — Subjek.
    3. Langkah 2 — Sumber.
    4. Langkah 3 — Analisis & soalan.
    5. Panel hasil (terisi selepas Jana lembaran, butang di hujung borang).
  2. Langkah 2 Pilih subjek, Standard Kandungan & tajuk

    Subjek menyenaraikan subjek Sejarah dalam Jadual Waktu anda (cth Sejarah · Tingkatan 4). Jika tiada, pilih Isi sendiri dan taip subjek, tingkatan, SK dan SP.

    DSKP dimuat: pilih Standard Kandungan (pilihan) dan tanda sehingga 4 SP. Format dipilih sendiri ikut tingkatan (KSSM/KSSR/STPM) — tekan untuk menukar. Isi Tajuk lembaran; jika kosong, nama SK dipakai.

    Subjek Sejarah Tingkatan 4, SK 11.2 Pilihan Raya, tiga SP ditanda, Format KSSM dan tajuk lembaran Pilihan Raya 1955 dan Kemenangan Parti Perikatan.
    1. Subjek (daripada Jadual Waktu).
    2. Standard Kandungan.
    3. SP ditanda (maks. 4).
    4. Format soalan.
    5. Tajuk lembaran.
  3. Langkah 3 Sumber A — teks dengan butiran asal

    Buka Sumber A. Pilih Jenis (Teks / petikan, Gambar / foto, Peta, Kartun, Dokumen, Jadual / statistik), isi Tajuk dan tampal Teks sumber (≤ 5000 aksara; baris kosong = perenggan baharu).

    Lengkapkan Butiran asal: pencipta, tahun, terbitan/asal, halaman, pautan, Kategori (Primer/Sekunder) dan Hak penggunaan. Butiran ini dicetak di bawah sumber sebagai “Sumber: …”. Tanda kotak pengesahan — tanpanya, app memberi amaran semasa Jana.

    Sumber A jenis Teks: tajuk Pilihan raya umum pertama 1955, teks petikan, butiran asal Mohd Faizal bin Yusof 2026, kategori Sekunder, hak Karya sendiri dan kotak pengesahan ditanda.
    1. Jenis.
    2. Tajuk.
    3. Teks sumber.
    4. Butiran asal & Kategori.
    5. Hak penggunaan.
    6. Kotak pengesahan.
  4. Langkah 4 Sumber B — jadual / statistik

    Tekan + Tambah sumber (maksimum 4 sumber: A–D). Untuk jadual, pilih Jadual / statistik dan taip satu baris jadual setiap baris, lajur dipisahkan dengan |. Baris pertama menjadi kepala jadual.

    Sumber B jenis Jadual: Parti | Kerusi dimenangi, Perikatan 51, PAS 1, Parti Negara 0, Jumlah kerusi dipilih 52.
    1. Jenis Jadual / statistik.
    2. Baris jadual dipisah |.
  5. Langkah 5 Sumber C — gambar, peta atau kartun

    Bagi jenis Gambar, Peta atau Kartun, tekan Pilih gambar (PNG/JPEG ≤ 12 MB; app memampatnya ≤ 360 KB). Isi Kapsyen yang dicetak di bawah gambar.

    Huraian untuk AI pilihan, tetapi penting: semakan petikan dan AI hanya membaca teks — gambar tanpa huraian tidak dihantar kepada AI dan titik skema yang merujuknya tidak dapat disahkan.
    Sumber C jenis Gambar: carta bar lakaran guru 52 ahli dipilih dan 46 dilantik, butang Pilih gambar dan Buang gambar, kapsyen dan huraian.
    1. Jenis Gambar / foto.
    2. Pratonton gambar (saiz selepas dimampat).
    3. Pilih gambar / Buang gambar.
    4. Kapsyen.
    5. Huraian untuk AI.
    Tiga sumber dilipat: A Teks, B Jadual, C Gambar, dan butang + Tambah sumber.
    1. Sumber A.
    2. Sumber B.
    3. Sumber C.
    4. + Tambah sumber (hingga D).
  6. Langkah 6 Templat analisis sumber untuk murid

    Buka Templat analisis sumber (untuk murid). Pilih contoh kerangka: 5W1H, Asal–Tujuan–Kandungan–Nilai, Banding dua sumber atau Sendiri. Ubah teks setiap aspek, + Tambah aspek atau buang dengan ×.

    Jika Sertakan dalam lembaran murid ditanda, jadual “Aspek | Jawapan anda” bergaris dicetak selepas setiap sumber (templat Banding: satu jadual untuk semua sumber). Kerangka ini contoh — bukan format rasmi.

    Templat Asal–Tujuan–Kandungan–Nilai dengan lima aspek, butang buang ×, + Tambah aspek dan kotak Sertakan dalam lembaran murid.
    1. Label “Contoh kerangka — sesuaikan”.
    2. Templat.
    3. Aspek (boleh disunting; × untuk buang).
    4. + Tambah aspek.
    5. Sertakan dalam lembaran murid.
  7. Langkah 7 Tangga soalan: mula dengan contoh

    Buka Tangga soalan & skema. Tiga cara mengisi: + Tambah soalan satu demi satu, Muat contoh tangga (rangka (a) Mengingat 2m → (b) Memahami 4m → (c) Menilai 4m — sahkan dengan Buku Format), atau AI (Pro/Ultra).

    Setiap soalan ialah lipatan: ringkasan menunjukkan nombor, soalan, markah dan status semakan. Teks contoh bertanda “…” mesti diganti.

    Lipatan Tangga soalan & skema kosong: + Tambah soalan, Muat contoh tangga dan butang AI berkunci Pro.
    1. Ringkasan (bilangan soalan & markah).
    2. + Tambah soalan.
    3. Muat contoh tangga.
    4. AI — Pro.
    Tiga soalan contoh (a), (b), (c) dengan status Skema belum diisi; soalan (a) dibuka.
    1. Soalan (a) — status Skema belum diisi.
    2. Teks soalan contoh (ganti “…”).
    3. Peraturan contoh.
    4. Soalan (b).
    5. Soalan (c).
  8. Langkah 8 Lengkapkan soalan & skema bersokongan petikan

    Untuk setiap soalan isi Soalan, Markah, tanda Sumber rujukan, pilih Aras kognitif dan Aras kesukaran, dan Peraturan (cth Mana-mana 2 × 1 markah).

    Skema: satu titik setiap baris dalam bentuk - 1m: <titik> || Petikan: <frasa daripada sumber>. App menyemak tanpa AI bahawa setiap petikan benar-benar ada dalam sumber yang ditanda, dan bahawa peraturan (2 × 1 = 2) sama dengan markah soalan.

    Dalam contoh ini guru tersilap menulis “31 Ogos 1957” — tarikh itu tiada dalam Sumber A, jadi status bertukar merah 1 titik tiada dalam sumber. Selepas dibetulkan kepada “27 Julai 1955”, status menjadi hijau.

    Soalan (a) dengan skema 31 Ogos 1957 dan status merah 1 titik tiada dalam sumber.
    1. Status merah — petikan tiada dalam sumber.
    2. Soalan.
    3. Sumber rujukan.
    4. Peraturan.
    5. Skema dengan Petikan.
    Skema soalan (a) dibetulkan kepada 27 Julai 1955 dan status hijau 2/2 titik disokong sumber.
    1. Status hijau ✓ 2/2.
    2. Skema yang dibetulkan.
  9. Langkah 9 Soalan pendapat: Terima jawapan munasabah

    Soalan aras tinggi (Menilai) boleh bertanda Terima jawapan munasabah — titik tanpa petikan dibenarkan, tetapi titik yang ada petikan tetap disemak. Butang ↑ ↓ menyusun semula soalan; × Buang memadamnya.

    Soalan (c) Menilai Tinggi dengan tiga titik skema, kotak Terima jawapan munasabah ditanda dan butang ↑ ↓ × Buang.
    1. Status ✓ 3/3.
    2. Aras kognitif Menilai.
    3. Skema bertitik.
    4. Terima jawapan munasabah.
    5. Susun semula / buang.
  10. Langkah 10 Pautan JSU (pilihan)

    Jika anda sudah membina JSU dalam Pentaksiran › JSU, buka Pautan JSU (pilihan), pilih JSU dan Baris JSU. Selepas Simpan ke Soalan Saya, item ini dikira dalam liputan baris JSU tersebut.

    Pautan JSU: Peperiksaan Akhir Tahun 2026 — Kertas 2 Tingkatan 4, baris sbs02 11.2 Menganalisis.
    1. JSU.
    2. Baris JSU.
  11. Langkah 11 Jana lembaran

    Bila semua soalan hijau, tekan Jana lembaran. Selepas itu butang menjadi Kemas kini lembaran — setiap perubahan memperbaharui pratonton dan disimpan automatik dalam Lembaran saya.

    Tangga lengkap 3 soalan 10 markah, ketiga-tiga soalan bertanda hijau, dan butang Jana lembaran.
    1. 3 soalan · 10 markah.
    2. Soalan (a) ✓.
    3. Soalan (b) ✓.
    4. Soalan (c) ✓.
    5. Jana lembaran.
  12. Langkah 12 Panel hasil & pratonton

    Baris Semakan merumuskan titik skema yang disokong petikan (cth 8/8) dan sebarang amaran (angka atau tahun yang tiada dalam sumber, jumlah markah tidak sepadan).

    Pratonton memaparkan lembaran versi lengkap: sumber berbingkai dengan butiran asal, jadual analisis untuk murid, soalan dengan ruang jawapan, dan Skema Pemarkahan pada muka baharu.

    Panel hasil: Semakan 8/8 titik skema disokong petikan sumber, Simpan ke Soalan Saya, Hantar ke Portal Murid, Muat turun PDF, Hantar ke Drive berkunci Pro dan Lagi.
    1. Semakan petikan.
    2. Simpan ke Soalan Saya.
    3. Hantar ke Portal Murid.
    4. Muat turun PDF (lengkap + skema).
    5. Hantar ke Drive — Pro.
    6. Lagi ▾.
  13. Langkah 13 Muat turun PDF: versi lengkap & versi murid

    Muat turun PDF mencetak versi lengkap (untuk guru) — sumber, analisis, soalan dan skema dengan petikan. Lagi ▾ memberi Word (.doc), Excel (.xlsx) (helaian Soalan & Sumber), Cetak, PDF terus, Kepala dokumen (logo sekolah), PDF versi murid (tanpa skema), Word versi murid dan Lembaran baharu.

    Versi murid menambah baris Nama / Kelas / Tarikh dan membuang skema. Pelan Percuma: nota kaki SistemGuru.My di bawah setiap muka.

    Menu Lagi terbuka: Word, Excel, Cetak, PDF terus, Kepala dokumen, PDF versi murid, Word versi murid dan Lembaran baharu.
    1. Word (.doc).
    2. PDF versi murid (tanpa skema).
    3. Word versi murid.
    4. Lembaran baharu.
    PDF muka 1: kepala sekolah, maklumat subjek, Sumber A dengan butiran asal dan jadual Analisis Sumber A.

    PDF versi lengkap — muka 1.

    PDF muka terakhir: Skema Pemarkahan dengan titik, markah, petikan sumber, peraturan dan jumlah 10.

    Skema Pemarkahan (versi lengkap sahaja).

    PDF versi murid muka terakhir: soalan (a) hingga (c) dengan ruang jawapan bergaris.

    PDF versi murid — soalan dengan ruang jawapan.

  14. Langkah 14 Simpan ke Soalan Saya

    Simpan ke Soalan Saya menyimpan satu item induk SBS (stimulus = semua sumber) dengan setiap soalan sebagai sub-soalan, berstatus Draf. Butang kemudian menjadi Kemas kini dalam Soalan Saya — id item kekal. Lembaran ini tidak dihantar ke Bank Soalan kongsi (hak cipta sumber).
    Status Dalam Soalan Saya (Draf) 3 sub-soalan dan butang Kemas kini dalam Soalan Saya.
    1. Status item.
    2. Kemas kini dalam Soalan Saya.
  15. Langkah 15 Hantar ke Portal Murid

    Hantar ke Portal Murid menyimpan lembaran sebagai latihan (sumber teks + imej gambar digabung ≤ 700 KB), kemudian minta anda pilih kelas. Murid menjawab di sistemguru.my/murid.html dengan kod kelas & PIN daripada halaman Portal Murid.

    Status di bawah butang menunjukkan kelas dan bilangan hantaran. Menyimpan semula selepas murid menjawab akan memadam jawapan mereka — app bertanya dahulu.

    Tetingkap Hantar ke Portal Murid dengan 4 Bestari dan 4 Cemerlang ditanda.
    1. Pilih kelas.
    2. Hantar ke Portal Murid.
    Status Portal: diterbitkan (4 Bestari, 4 Cemerlang) · 0 hantaran.
    1. Status Portal.
  16. Langkah 16 Lembaran saya

    Pautan Lembaran saya (n) di sebelah butang Jana menyenaraikan 20 lembaran terbaharu — Buka untuk menyambung, Padam untuk membuang (item dalam Soalan Saya tidak terjejas). Baharu mengosongkan borang tetapi mengekalkan subjek.

    Tetingkap Lembaran saya: Analisis Sumber — Pilihan Raya 1955 dan Kemenangan Parti Perikatan dengan butang Buka dan Padam.
    1. Lembaran tersimpan.
    2. Buka.
    3. Padam.

ProCadangan tangga AI (salin-tampal) & Google Drive

Ultra mendapat semua ciri Pro.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Sediakan pilihan AI

    Isi sumber dahulu (langkah 2–5 Percuma). Dalam Tangga soalan & skema pilih Bilangan soalan (AI) (2–6), Jumlah markah (AI) dan Nota guru (pilihan; jangan tulis nama murid). Taburan aras ditetapkan app (cth 3 soalan = Mengingat → Memahami → Menilai).

    Pada Pro, buka Cadang tangga daripada sumber (AI) — AI digunakan secara salin-tampal ke ChatGPT, Gemini atau AI lain.

    Panel AI Pro: Bilangan soalan 3, Jumlah markah 10, nota guru dan langkah 1 Salin prompt, 2 tampal jawapan, 3 Proses jawapan.
    1. Bilangan soalan (AI).
    2. Jumlah markah (AI).
    3. Nota guru untuk AI.
    4. Panel salin-tampal.
    5. 1 · Salin prompt.
  2. Langkah 2 Salin prompt, tampal jawapan, proses

    Tekan 1 · Salin prompt — prompt (peraturan + teks SUMBER sahaja) disalin dan dipapar. Tampal ke AI pilihan anda, salin seluruh jawapannya (blok #S1:, #S2: …) ke kotak kedua, kemudian 3 · Proses jawapan.

    Prompt yang disalin dan jawapan AI bermula #S1 ditampal, dengan butang 3 Proses jawapan.
    1. Prompt yang disalin.
    2. Jawapan AI ditampal.
    3. 3 · Proses jawapan.
  3. Langkah 3 Semak cadangan AI

    Tangga soalan diganti dengan cadangan AI (app bertanya dahulu jika sudah ada soalan). Setiap petikan dalam skema disemak terhadap teks sumber — status merah bermakna AI menulis frasa yang tiada dalam sumber. Buka setiap soalan dan baiki sebelum menjana.

    Tangga 3 soalan 10 markah daripada AI dengan status ✓ titik disokong sumber.
    1. 3 soalan · 10 markah.
    2. Soalan (a) daripada AI.
    3. Status (b).
    4. Status (c) — soalan pendapat.
  4. Langkah 4 Draf AI → Tandakan sudah disemak

    Lembaran berasaskan AI bertanda Draf dan PDF membawa nota draf. Selepas anda menyemak setiap soalan dan skema, tekan Tandakan sudah disemak — lencana menjadi ✓ Disahkan dengan nama anda.

    Lencana Disahkan · Mohd Faizal bin Yusof di atas baris semakan 8/8.
    1. Lencana Disahkan.
  5. Langkah 5 Hantar ke Google Drive

    Hantar ke Drive menyimpan lembaran (versi lengkap) ke SistemGuru.My/Tools/Lembaran Analisis Sumber Sejarah. Kunci fail tetap — hantaran semula mengemas kini fail yang sama. Dokumen Pro/Ultra tanpa nota kaki.
    Tetingkap Berjaya: lembaran disimpan ke Google Drive dengan butang Buka Fail di Google Drive.
    1. Buka Fail di Google Drive.

UltraAI terus

Tanpa salin-tampal.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 AI terus tanpa salin-tampal

    Pada Ultra, butang Cadang tangga daripada sumber (AI) menjana terus. Baki AI bulan ini dipapar di sebelahnya. Hasil sama seperti Pro: tangga bertanda Draf, petikan disemak, dan anda mesti Tandakan sudah disemak.

    Butang Cadang tangga daripada sumber (AI) dan Baki AI bulan ini 30/30.
    1. Cadang tangga daripada sumber (AI).
    2. Baki AI bulan ini.
    Tangga 3 soalan 10 markah dijana AI, status hijau, baki AI 29/30.
    1. 3 soalan · 10 markah.
    2. Status semakan petikan.
    3. Baki dikemas kini.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Setiap titik skema membawa || Petikan: frasa tepat daripada sumber.

Salah

Menulis skema daripada ingatan (cth “31 Ogos 1957”) walaupun fakta itu tiada dalam sumber.

Sebab: Soalan analisis sumber menguji kebolehan membaca sumber; app menanda merah titik yang tiada dalam sumber.

Betul

Isi Butiran asal dan Hak penggunaan setiap sumber.

Salah

Menampal petikan buku atau laman web tanpa menyatakan asalnya.

Sebab: Butiran asal dicetak di bawah sumber; lembaran tidak dihantar ke Bank Soalan kongsi kerana hak cipta.

Betul

Isi Huraian untuk AI bagi gambar, peta atau kartun.

Salah

Mengharap AI “membaca” gambar.

Sebab: Gambar tanpa huraian tidak dihantar kepada AI dan petikannya tidak dapat disemak.

Betul

Baca setiap soalan AI, kemudian Tandakan sudah disemak.

Salah

Mencetak lembaran berlabel Draf terus kepada murid.

Sebab: AI boleh tersilap; tanda Disahkan merekod bahawa guru telah menyemak.

Soalan lazim

Perlu log masuk?

Ya. Tetamu yang menekan kad tool diminta log masuk atau daftar. Pelan Percuma sudah memadai untuk membina, mencetak, menyimpan ke Soalan Saya dan menghantar ke Portal Murid.

Berapa sumber dan soalan?

Sehingga 4 sumber (A–D) dan 12 soalan setiap lembaran.

Apa yang dihantar kepada AI?

Teks sumber sahaja (teks, jadual dan huraian gambar), bilangan soalan, markah, SK dan nota guru. Gambar tanpa huraian tidak dihantar. Tiada data murid.

Bagaimana semakan petikan berfungsi?

Tanpa AI: setiap petikan mesti terdapat dalam teks sumber yang ditanda (atau sekurang-kurangnya 80% perkataannya), dan peraturan “Mana-mana n × m” mesti sama dengan markah soalan.

Tool berkaitan

Buka Lembaran Analisis Sumber Sejarah