e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara ambil kehadiran murid

Satu ketikan semasa kelas: semua murid bermula Hadir, anda tanda pengecualian sahaja. Direkod bagi setiap waktu yang anda ajar, dan dihimpun dalam Buku Kehadiran Kelas.

Sebelum anda mula

Modul ini membaca data daripada modul lain. Siapkan yang bertanda Wajib dahulu.

  1. Wajib
    Jadual WaktuButang Kehadiran muncul pada kelas hari ini daripada jadual anda; lajur Buku Kehadiran disusun daripada slot jadual setiap hari persekolahan.
  2. Wajib
    Senarai MuridBorang kehadiran memaparkan murid kelas itu daripada Murid › Senarai Murid. Tanpa murid, tiada apa untuk ditanda.
  3. Pilihan
    Takwim SekolahHari cuti berjalur dalam Buku Kehadiran dan tidak dikira "belum direkod"; borang memberi amaran jika tarikh itu cuti.
  4. Pilihan
    RPH minggu iniSK dalam RPH slot itu dicap pada rekod kehadiran — asas peraturan TD dalam PBD. Kehadiran tetap boleh diambil walaupun RPH belum siap.
  5. Pro
    Sambungan Google DriveHanya untuk Hantar ke Drive.
Kenapa langkah ini penting. Kehadiran ialah input kedua modul Analisis. Tanpanya, "murid lemah" dan "murid tidak hadir" kelihatan sama di dalam data — dan kedua-duanya mendapat intervensi yang salah. Ia juga menanda TD (Tidak Ditaksir) dalam PBD: murid yang tidak hadir pada setiap waktu sesuatu SK diajar tidak dikira dalam TP keseluruhan sehingga anda memberinya TP.
Contoh dalam panduan ini. Guru rekaan Cikgu Nurul Aina (SMK Bandar Contoh), Isnin 5 Oktober 2026, 09:00 — kelas 4 Bestari (Sains (BM), 07:30–08:30, 26 murid) baru tamat. Buku Kehadiran September: rekod sejak 10 Ogos, Hari Malaysia (16 Sep) dalam takwim, dan satu waktu (Rabu 30 Sep) sengaja belum direkod. Semua nama murid rekaan.

Tiga status — kehadiran KELAS, bukan kehadiran sekolah

Guru subjek hanya perlu tahu siapa berada dalam kelasnya.

KodMaksudDikira hadir?Kesan pada PBD
HHadirYaDitaksir seperti biasa
THTidak hadirTidakSK waktu itu ditanda TD — kecuali murid hadir pada waktu lain yang mengajar SK yang sama
KAKeluar awalYaDitaksir — murid berada dalam kelas semasa SK itu diajar
TD bukan TP rendah: ia tidak dikira dalam TP Keseluruhan atau purata Analisis, dan hilang sebaik anda memberi TP (cth selepas kerja susulan). Rekod lama bertanda Sakit/Cuti dibaca sebagai Tidak Hadir.

Apa yang berbeza ikut pelan

Mengambil kehadiran dan Buku Kehadiran sama bagi semua pelan. Pro & Ultra menambah Google Drive.

Ciri KehadiranPercumaProUltra
Ambil kehadiran setiap waktu (H / TH / KA) dari Halaman UtamaYaYaYa
Buku Kehadiran Kelas · waktu belum direkod · amaran hari cutiYaYaYa
TH → TD (Tidak Ditaksir) dalam PBD bagi SK waktu ituYaYaYa
Muat turun PDF · Word · Excel · Borang kosong (cetak)YaYaYa
Hantar ke Drive (Buku Kehadiran) ProYaYa
PDF tanpa nota kaki "Dijana dengan SistemGuru.My"—YaYa
Salinan automatik ke Drive ikut jadual hantaran——Ya

Kenali Buku Kehadiran Kelas

Di Murid › Kehadiran — satu buku bagi setiap kelas, sebulan.

Buku Kehadiran 4 Bestari September 2026: pilihan kelas, subjek dan bulan, jalur Minggu ini, ringkasan 7 waktu direkod 1 belum 1 cuti, dan jadual murid dengan tanda semak.

Semua pelanAmbil kehadiran setiap waktu

Dari Halaman Utama, semasa atau sejurus selepas kelas.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Tekan Kehadiran pada kad kelas hari ini

    Di Halaman Utama, bahagian Jadual Hari Ini, setiap kelas hari ini ada butang Kehadiran. Ia hanya muncul bagi kelas hari ini — kehadiran ialah rekod, bukan rancangan. Butang bagi kelas yang sedang berlangsung / baru tamat diserlahkan.

    Kelas gabungan (cth 3B/3G) bertanya dahulu kelas mana: kehadiran direkod bagi setiap kelas.

    Jadual Hari Ini Isnin: 4 Bestari 07:30 dan 4 Cemerlang 10:30, masing-masing dengan butang Kehadiran dan Isi RPH.
    1. Kehadiran — 4 Bestari (baru tamat).
    2. Kehadiran — 4 Cemerlang (belum bermula).
  2. Langkah 2 Semua murid bermula Hadir

    Borang Kehadiran — 4 Bestari terbuka dengan subjek, waktu dan tarikh. Setiap murid sudah H (Hadir) — anda hanya menanda pengecualian. Senarai murid datang daripada Murid › Senarai Murid; jika kelas itu belum ada murid, borang yang sama memaparkan kotak tampal nama murid (satu nama setiap baris). Tekan Simpan & Tanda Kehadiran: senarai disimpan untuk kelas itu (dikongsi PBD dan Portal Murid) dan borang kehadiran terus dibuka dengan semua murid Hadir.

    Borang Kehadiran 4 Bestari: Sains (BM) 07:30 05/10/2026, 100 peratus hadir 26 murid, petunjuk H TH KA dan butang status setiap murid.
    1. Subjek · waktu · tarikh.
    2. Peratus hadir — dikira hidup.
    3. Petunjuk: H Hadir · TH Tidak Hadir · KA Keluar Awal.
    4. Tiga butang setiap murid.
  3. Langkah 3 Tanda TH dan KA

    Tekan TH bagi murid yang tidak hadir dan KA bagi murid yang keluar awal (cth ke bilik rawatan selepas SK diajar). Baris bukan-Hadir diserlahkan supaya mudah disemak sekali lalu. Tekan H untuk membatalkan.

    Tiada kotak "sebab": sakit, cuti atau MC ialah rekod kehadiran harian guru tingkatan. Guru subjek hanya perlu tahu siapa berada dalam kelasnya.

    DAMIA BINTI ISMAIL ditanda KA dan FARIS BIN HAMID ditanda TH, baris mereka diserlahkan.
    1. KA — keluar awal, dikira hadir.
    2. TH — tidak hadir.
    Ringkasan 92 peratus hadir, 26 murid, 2 tidak hadir, 1 keluar awal.
    1. Ringkasan dikemas kini sambil anda menanda.
  4. Langkah 4 Simpan Kehadiran

    Butang Simpan Kehadiran melekat di kanan bawah — tidak perlu menatal melepasi 26 nama. Kiraan 24/26 hadir di sebelahnya. Mesej "26 murid direkod · 2 tidak hadir" muncul.

    Kaki borang: 24/26 hadir, butang Tutup dan Simpan Kehadiran.
    1. Kiraan hadir.
    2. Simpan Kehadiran.
  5. Langkah 5 Butang bertukar siap — ketik untuk menyunting

    Butang Kehadiran kelas itu kini bertanda ✓. Menekannya semula membuka rekod yang sama dengan label sudah direkod; perubahan menggantikan rekod lama bagi waktu itu.

    Kad 4 Bestari dengan butang Kehadiran bertanda semak.
    1. ✓ Kehadiran — sudah direkod.
    Borang dibuka semula dengan label sudah direkod dan ringkasan 2 tidak hadir 1 keluar awal.
    1. sudah direkod — suntingan menggantikannya.
    2. Tanda yang disimpan dipulihkan.
  6. Langkah 6 Terlepas semasa kelas? Rekod selepas waktu sekolah

    Selepas waktu terakhir tamat, Halaman Utama bertukar kepada jadual esok — tetapi jalur Kehadiran (hari ini) kekal di atasnya dengan butang bagi setiap kelas hari ini yang belum direkod.

    Jalur Kehadiran Isnin (hari ini): 1/2 direkod dan butang 4 Cemerlang 10:30.
    1. Kiraan direkod hari ini.
    2. Kelas yang belum direkod.

Semua pelanBuku Kehadiran Kelas

Menyemak, mengisi waktu tertinggal, dan mencetak.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Buka Murid › Kehadiran

    Pilih kelas, subjek (atau Semua subjek) dan bulan. Jalur Minggu ini menunjukkan waktu kelas minggu semasa: ✓ direkod, Belum, Cuti atau kelabu (akan datang). Ketik untuk membuka borang waktu itu.

    Butang Ambil waktu terakhir belum direkod membuka terus borang bagi waktu tertinggal yang paling baharu.

    Tab Kehadiran: pilihan kelas 4 Bestari, Semua subjek, September 2026, jalur Minggu ini dan butang Ambil waktu terakhir belum direkod.
    1. Tab Kehadiran.
    2. Kelas.
    3. Subjek.
    4. Bulan.
    5. Minggu ini.
    6. Ambil waktu terakhir belum direkod.
  2. Langkah 2 Baca Buku Kehadiran Kelas

    Murid × setiap waktu kelas sebulan, seperti buku kehadiran kertas. Lajur disusun daripada Jadual Waktu — setiap waktu kelas itu pada setiap hari persekolahan — jadi waktu yang belum direkod juga kelihatan, bertanda titik merah. Hari cuti takwim (Hari Malaysia, 16 Sep) berjalur dan tidak dikira.

    Lajur akhir: Wkt (waktu direkod bagi murid itu), TH dan %. Baris di bawah 90% berlatar kuning; di bawah 80% merah.

    Buku Kehadiran September 2026: lajur Rabu 30 bertitik merah belum direkod, lajur 16 berjalur cuti, FARIS BIN HAMID tiga TH dan 57 peratus berlatar merah.
    1. 1 belum direkod.
    2. Lajur belum direkod — ketik tajuknya untuk mengambil kehadiran.
    3. Di bawah 80% — merah.
    NAUFAL BIN AHMAD satu TH, 86 peratus, baris berlatar kuning.
    1. Di bawah 90% — kuning.
  3. Langkah 3 Isi waktu yang tertinggal

    Ketik tajuk lajur bertitik merah (atau Ambil waktu terakhir belum direkod). Borang yang sama terbuka bagi tarikh dan waktu itu — semak tarikh di bahagian atas sebelum menyimpan.

    Borang Kehadiran 4 Bestari bagi Rabu 30/09/2026 09:00.
    1. Tarikh waktu yang tertinggal.
  4. Langkah 4 Amaran hari cuti

    Jika tarikh itu cuti menurut Takwim anda, amaran kuning muncul di atas borang. Peratus dikira ke atas waktu yang direkod, jadi merekod hari cuti akan memesongkannya — semak tarikh dahulu.

    Borang bagi 16/09/2026 dengan amaran Hari Malaysia pada tarikh ini menurut takwim anda.
    1. Amaran cuti takwim.
  5. Langkah 5 Muat turun, cetak atau borang kosong

    Di hujung buku: Muat turun PDF (A4 melintang), Hantar ke Drive (Pro) dan Lagi ▾ — Word, Excel, Cetak, dan Borang kosong (cetak) untuk diisi tangan (cth ketika talian internet tiada).

    Petunjuk Hadir, Tidak hadir, Keluar awal, Cuti takwim dan bar Muat turun PDF, Hantar ke Drive (Pro), Lagi.
    1. Petunjuk warna.
    2. Muat turun PDF.
    3. Hantar ke Drive — Pro.
    4. Lagi ▾.
    Menu Lagi Buku Kehadiran: Word, Excel, Cetak, PDF terus, Kepala dokumen dan Borang kosong (cetak).
    1. Word (.doc).
    2. Excel (.xlsx) — satu lajur setiap waktu.
    3. Borang kosong (cetak).
    Dokumen Buku Kehadiran Kelas 4 Bestari September 2026 dengan tanda / TH KA, lajur cuti berlorek dan peratus.
    Borang Kehadiran Kelas kosong 4 Bestari September 2026 tanpa lajur cuti.

    Borang kosong tidak memaparkan lajur cuti.

ProHantar ke Google Drive

Ultra: sama seperti Pro, dan salinan dihantar mengikut jadual hantaran di Guru › Akaun.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Hantar Buku Kehadiran ke Google Drive

    Pada pelan Pro dan Ultra, Hantar ke Drive tidak berkunci (Google Drive mesti disambung di Guru › Akaun). Buku kelas dan bulan yang dipilih disimpan ke folder Kehadiran; simpanan seterusnya mengemas kini fail yang sama.

    Bar Buku Kehadiran pelan Pro dengan Hantar ke Drive tidak berkunci.
    1. Hantar ke Drive.
    Tetingkap Berjaya selepas Buku Kehadiran disimpan ke Google Drive dengan butang Buka Fail di Google Drive.
    1. Buka Fail di Google Drive.

Bagaimana peratus dikira

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Tanda TH bagi murid yang tiada dalam kelas waktu itu.

Salah

Membiarkan murid tidak hadir sebagai H.

Sebab: TH menanda SK waktu itu sebagai TD dalam PBD (kecuali murid hadir pada waktu lain yang mengajar SK yang sama) — dan Analisis membezakan "lemah" daripada "tidak hadir".

Betul

Tanda KA bagi murid yang keluar selepas SK diajar.

Salah

Menanda murid itu TH.

Sebab: KA dikira hadir; murid itu berada dalam kelas semasa SK diajar dan masih boleh ditaksir.

Betul

Isi waktu tertinggal dari Buku Kehadiran (titik merah) bagi tarikh sebenar.

Salah

Merekod kelas semalam melalui butang Kehadiran hari ini.

Sebab: Butang di Halaman Utama sentiasa merekod tarikh hari ini; rekod jatuh pada tarikh yang salah.

Betul

Rekod kehadiran kelas sahaja — siapa berada dalam kelas.

Salah

Mencari tempat menaip sebab sakit atau cuti.

Sebab: Sebab ketidakhadiran ialah rekod kehadiran harian guru tingkatan (sistem sekolah).

Betul

Masukkan senarai murid di Murid › Senarai Murid dahulu.

Salah

Membuka Kehadiran bagi kelas tanpa murid.

Sebab: Borang kehadiran membaca senarai yang sama; app menawarkan membuka Senarai Murid jika kosong.

Panduan berkaitan

Langkah Kehadiran dalam app