Sediakan kriteria dan peserta, beri hakim kod QR + PIN tanpa akaun, dan dapatkan keputusan yang dikira pelayan — terus ke skrin umuman, sijil dan OPR. Langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.
Program & Pentadbiran
Log masuk (penyelaras)
Hakim tanpa akaun
~10 minit
Sebelum anda mula
Penyelaras hanya perlu log masuk. Senarai murid mempercepat pendaftaran peserta.
Pilihan
Satu senarai kelas untuk semua toolTekan Guna senarai kelas di sebelah kotak nama untuk mengisi nama murid dengan satu ketikan — daripada Senarai Murid akaun anda (log masuk) atau senarai yang pernah disimpan dalam pelayar ini (Tetamu). Simpan senarai ini menyimpan nama yang ditampal supaya tidak perlu ditampal semula dalam tool lain.
Wajib
Akaun SistemGuru penyelaras (Percuma memadai)Acara, hakim dan skor disimpan di pelayan supaya keputusan dikira dengan selamat.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan: Pertandingan Poster Hari Sains 2026 (templat Poster) oleh Panitia Sains SMK Bandar Contoh, lapan peserta rekaan daripada 4 Bestari, 4 Cemerlang dan 5 Bestari. Skor hakim rekaan dimasukkan terus untuk rakaman — langkah hakim sebenar di telefon ada dalam Panduan Portal Hakim. Kod acara dan PIN dalam gambar ialah contoh.
Apa yang berbeza ikut pelan
Semua fungsi tersedia pada Percuma dengan seorang hakim. Pro menambah sehingga 20 hakim, kaedah buang tertinggi & terendah dan Google Drive; Ultra sama seperti Pro.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Pengurus Pertandingan memerlukan akaun
Acara, hakim dan skor disimpan di pelayan supaya keputusan dikira dengan selamat, jadi penyelaras mesti log masuk (Percuma memadai). Pautan sistemguru.my/#tools-pertandingan-hakim tanpa log masuk membuka tetingkap Daftar / Log masuk.
Hakim tidak memerlukan akaun — mereka masuk dengan kod QR + PIN di hakim.html. Lihat Panduan Portal Hakim.
1Tujuan log masuk.
PercumaSatu acara dari mula hingga umuman
Semua langkah dalam bahagian ini sama bagi Pro dan Ultra.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka Pengurus Pertandingan
Di menu kiri tekan Tools, buka lipatan Program & Pentadbiran dan ketik kad Pengurus Pertandingan & Hakim. Skrin pertama ialah senarai acara anda.
1Panduan.
2Acara baharu.
3Templat saya — kriteria & tetapan yang anda simpan.
4Senarai acara (kosong).
Langkah 2 Acara baharu: pilih templat
Tekan Acara baharu. Setiap acara ada tiga bahagian: Sediakan → Hakim → Keputusan. Pilih templat kriteria (Pidato, Poster, Nyanyian, Koir, Tarian, Nasyid, Khat, Debat …) atau Kosong. Templat ialah contoh — sahkan dengan borang rasmi penganjur; Tilawah dan Azan sengaja kosong (isi ikut borang rasmi, cth MTQ).
1‹ Acara — kembali ke senarai.
2Sediakan · Hakim · Keputusan.
3Templat kriteria.
4Nama acara *.
Langkah 3 Kriteria & wajaran
Templat Poster mengisi empat kriteria berjumlah 100 markah. Sunting nama dan Markah maks setiap kriteria, susun dengan ↑ ↓, buang ×, atau + Tambah kriteria (maks 20). Isi juga tarikh, tempat dan anjuran.
Guna wajaran %: setiap kriteria diberi wajaran (jumlah mesti 100 %) — nilai hakim = Σ(skor ÷ maks × wajaran).
1Templat Poster.
2Nama acara.
3Guna wajaran %.
4Markah maks.
5Jumlah markah.
6+ Tambah kriteria.
Langkah 4 Peserta daripada kelas
Buka Peserta dan tekan Ambil daripada kelas. Tanda kelas (semua murid ditanda), kemudian buang tanda murid yang tidak menyertai, atau tekan Kosongkan dan tanda yang menyertai sahaja. Tekan Tambah n peserta. Murid yang sudah ditambah bertanda "sudah ada".
Tampal nama menerima senarai dari Excel (Nama · Kelas · Kategori); lajur No. KP / telefon dibuang. + Tambah peserta menambah satu baris kosong.
1Tanda kelas.
2Tanda murid yang menyertai.
1Tambah n peserta.
Langkah 5 Label peserta & cabut undi
Setiap peserta mendapat Label (Peserta 01, 02 …). Hakim hanya melihat label ini — bukan nama murid — kecuali anda menanda Hakim nampak nama peserta. Isi Kategori jika ada kumpulan yang dinilai berasingan (cth Tingkatan 4 / Tingkatan 5). Peserta berkumpulan menambah medan ahli bagi setiap kumpulan.
Cabut undi giliran mengocok susunan dan menomborkan semula label ikut giliran persembahan.
1Ambil daripada kelas.
2Tampal nama.
3Peserta berkumpulan.
4Label — yang dilihat hakim.
5Kategori (pilihan).
6Cabut undi giliran.
Langkah 6 Kaedah, pemecah seri & anugerah
Buka Kaedah & pemecah seri. Purata semua hakim atau Buang markah tertinggi & terendah (perlu ≥ 3 hakim). Jika jumlah seri, app memecahnya ikut purata Pemecah seri 1, kemudian Pemecah seri 2, kemudian markah Ketua Hakim; jika masih seri, anda menetapkan susunan.
Namakan anugerah (Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga, + Tambah tempat), tanda Saguhati hingga tempat ke-, dan label peserta lain (Penyertaan). Simpan kriteria & tetapan sebagai templat saya menyimpan semua ini untuk acara akan datang (tanpa nama murid).
1Kaedah.
2Pemecah seri 1.
3Ketua Hakim.
4Anugerah setiap tempat.
5Saguhati hingga tempat ke-.
6Hakim nampak nama peserta (lalai mati).
1Status simpanan.
2Simpan & teruskan → bahagian Hakim.
Langkah 7 Jana kod & PIN hakim
Di bahagian Hakim, pilih Bilangan hakim dan isi label (cth nama hakim). Pelan Percuma: seorang hakim (anda boleh menjadi hakim itu); Pro: sehingga 20. Tekan Jana kod & PIN hakim.
PIN 8 digit dipaparkan SEKALI sahaja dan tidak disimpan di peranti atau Drive. Tekan Muat turun PDF untuk mencetak Kad Hakim (QR + kod acara) dan Kad PIN, kemudian Sudah dicetak — teruskan. Terlepas? Tekan PIN baharu bagi hakim itu kemudian.
1Bahagian Hakim.
2Bilangan hakim.
3Percuma: seorang hakim.
4Label hakim.
5Jana kod & PIN hakim.
1PIN dipaparkan SEKALI sahaja.
2Kod acara & alamat hakim.
3Muat turun PDF — Kad Hakim & PIN.
4PIN 8 digit.
5QR hakim.
6Sudah dicetak — teruskan.
Muka 1: Kad Hakim (boleh dicetak semula bila-bila — tanpa PIN). Gunting ikut garis putus-putus.
Muka 2: Kad PIN — beri kepada hakim secara berasingan.
Langkah 8 Buka penilaian
Pilih Tempoh penilaian (3 jam hingga 7 hari) dan tekan Buka penilaian. Hakim kini boleh mengimbas QR, menaip PIN dan memberi skor pada telefon — langkah hakim dalam Panduan Portal Hakim.
Jika hakim memakai kertas, cetak Borang hakim kertas (PDF) (satu borang setiap hakim: label × kriteria) dan masukkan skor kemudian.
1Tempoh penilaian.
2Buka penilaian.
3Cetak semula kad (tanpa PIN).
4Borang hakim kertas (PDF).
5PIN baharu.
Borang hakim kertas.
Langkah 9 Pantau hakim semasa penilaian
Lencana kepala bertukar Dibuka hingga … dan kod acara dipaparkan. Jadual hakim dikemas kini setiap 15 saat: Skor diisi (cth 20/32 sel) dan status Belum mula / Sedang menilai / ✓ Dihantar. Selepas hakim menghantar, Buka semula membolehkan pembetulan skor.
Lihat keputusan sementara memaparkan kedudukan semasa (termasuk skor hakim yang belum menghantar).
1Dibuka hingga ….
2Tamat & baki masa.
3Skor diisi.
4Status hakim.
5Tutup penilaian.
6Lihat keputusan sementara.
1✓ Dihantar.
2Buka semula.
Langkah 10 Tutup penilaian
Bila semua hakim menghantar, tekan Tutup penilaian (app bertanya jika masih ada hakim yang belum menghantar — skor mereka tidak dikira). Sesi hakim ditamatkan. Buka semula penilaian tersedia jika perlu.
1Lencana Ditutup.
2Lihat keputusan.
3Buka semula penilaian.
Langkah 11 Keputusan & seri
Bahagian Keputusan dikira oleh pelayan (bukan telefon hakim): kedudukan, anugerah, nilai dan catatan. Lencana Muktamad selepas penilaian ditutup (Keputusan sementara sebelum itu).
Catatan menerangkan setiap seri yang dipecah (cth Seri markah dipecah oleh Mesej & kesesuaian tema (25.00)). Jika dua peserta sama dalam semua aspek, kotak Seri muncul dengan butang Tetapkan susunan — pilih tempat setiap peserta (cth ikut keputusan panel hakim) dan Simpan susunan; perubahan direkod dalam log audit.
1Muktamad · kaedah · hakim dikira.
2Amaran seri + Tetapkan susunan.
3Persetujuan menghebahkan nama.
4Bar eksport & Lagi ▾.
52 = — seri penuh.
6Catatan pemecah seri.
1Tempat peserta pertama.
2Tempat peserta kedua.
3Simpan susunan.
Langkah 12 Persetujuan nama & keputusan akhir
Tanda Saya ada persetujuan untuk memaparkan & menghebahkan nama pemenang sebelum mengumumkan. Tanpa tanda ini, skrin umuman, teks hebahan dan OPR memaparkan label (Peserta 01) sahaja.
1Kedudukan selepas susunan.
2Susunan ditetapkan penyelaras.
3Persetujuan ditanda.
Langkah 13 Menu Lagi: umuman, sijil, OPR & log
Muat turun PDF mencetak keputusan penuh: senarai pemenang (untuk hebahan), jadual kedudukan dengan nilai setiap hakim, dan skor terperinci setiap kriteria. Lagi ▾ menambah Word, Excel (Keputusan · Skor · Log), dan tindakan acara.
1Mod umuman skrin besar.
2Hantar ke Sijil Pukal.
3Hantar ke One Page Report.
4Salin teks keputusan.
5Log audit (PDF).
6Padam acara — semua hakim, skor & log.
PDF keputusan (Percuma: nota kaki SistemGuru.My).
Log audit — setiap peristiwa direkod (IP hakim disimpan sebagai cincang sahaja).
Langkah 14 Mod umuman skrin besar
Lagi ▾ › Mod umuman skrin besar memancar keputusan satu demi satu dari Saguhati hingga Johan untuk majlis penyampaian. Seterusnya › (atau Space / →) membuka anugerah seterusnya; ‹ kembali; Keluar (Esc) menamatkan. Papar nilai dan Papar kelas (dengan persetujuan) menambah butiran.
1Seterusnya ›.
1Anugerah.
2‹ kembali.
3Seterusnya ›.
4Keluar.
5Papar nilai.
6Papar kelas.
Langkah 15 Sijil & teks keputusan
Hantar ke Sijil Pukal menghantar nama, kelas dan anugerah ke Penjana Sijil Pukal — Pemenang sahaja atau Semua peserta (kumpulan: satu sijil setiap ahli). Tiada data dihantar ke pelayan.
Salin teks keputusan memberi teks hebahan berformat WhatsApp; tekan Salin teks atau WhatsApp ↗.
1Pemenang sahaja.
2Semua peserta.
1Teks keputusan.
2Salin teks.
3WhatsApp ↗.
Langkah 16 Senarai acara
‹ Acara kembali ke senarai: setiap acara memaparkan tarikh, status (Draf / Dibuka / Ditutup), bilangan hakim yang menghantar dan bilangan peserta. Ketik kad untuk menyambung; app juga membuka semula acara terakhir anda secara automatik.
1Kad acara.
2Status acara.
3Acara baharu.
ProBerbilang hakim, kaedah buang & Drive (Pro dan Ultra)
Ultra tiada ciri tambahan dalam tool ini — sama seperti Pro.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Berbilang hakim (sehingga 20)
Pada Pro dan Ultra, Bilangan hakim boleh 1 hingga 20. Isi label setiap hakim dan tekan Jana kod & PIN hakim — setiap hakim mendapat QR dan PIN sendiri. Mengubah bilangan kemudian (Ubah bilangan hakim) mengekalkan PIN hakim sedia ada.
1Bilangan hakim — sehingga 20.
2Label setiap hakim.
3Jana kod & PIN hakim.
1Hakim ke-3 — PIN & QR sendiri.
Langkah 2 Pantau tiga hakim
Jadual menunjukkan berapa hakim sudah menghantar (cth 2/3) dan status setiap hakim. Hakim yang tersekat atau terlupa PIN: tekan PIN baharu (PIN lama tidak sah lagi).
12/3 hakim hantar.
2Hakim 3 — Sedang menilai.
3Buka semula (hakim yang sudah menghantar).
4PIN baharu.
Langkah 3 Purata vs buang tertinggi & terendah
Dengan tiga hakim, keputusan Purata semua hakim memaparkan nilai purata. Tukar kaedah kepada Buang markah tertinggi & terendah (Sediakan › Kaedah) dan keputusan dikira semula: markah tertinggi dan terendah setiap peserta digugurkan, dan catatan menyenaraikan hakim yang dibuang. Dalam PDF, nilai hakim yang dibuang dicoret.
1Kaedah & hakim dikira 3/3.
2Nilai purata.
1Kaedah buang tertinggi & terendah.
2Catatan hakim yang dibuang.
Pro/Ultra: tanpa nota kaki SistemGuru.My.
Langkah 4 Hantar keputusan ke Google Drive
Hantar ke Drive pada bar keputusan menyimpan PDF dalam Tools/Pengurus Pertandingan & Hakim. Kad Hakim tidak boleh dihantar ke Drive (ia mengandungi PIN). Ultra mendapat semua ciri Pro — tiada salinan automatik bagi tool ini.
1Buka Fail di Google Drive.
Maklumat penting
Keputusan dikira pelayan daripada skor yang dihantar hakim — bukan di telefon hakim atau peranti penyelaras. Log audit merekod log masuk, simpanan, hantaran, buka semula, PIN baharu dan susunan manual.
PDPA: hakim melihat label sahaja (lalai); kelas dan ahli kumpulan tidak dihantar ke telefon hakim. PIN tidak disimpan di peranti atau Drive; IP hakim disimpan sebagai cincang.
Templat kriteria ialah contoh — sahkan dengan borang rasmi penganjur. Tilawah dan Azan sengaja kosong.
Padam acara memadam acara bersama semua hakim, skor dan log — tidak boleh dibatalkan.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.
Betul
Cetak Kad PIN sebaik sahaja PIN dijana, kemudian tekan Sudah dicetak.
Salah
Menutup skrin PIN tanpa mencetak, kemudian mencari PIN dalam Drive.
Sebab: PIN dipapar sekali sahaja dan tidak disimpan di mana-mana; terlepas → PIN baharu.
Betul
Biarkan hakim melihat label sahaja (lalai).
Salah
Menanda "Hakim nampak nama peserta" tanpa sebab.
Sebab: Label mengurangkan berat sebelah dan melindungi nama murid pada telefon hakim.
Betul
Tanda persetujuan nama sebelum memancar umuman atau menghantar teks WhatsApp.
Salah
Menghebahkan nama murid tanpa persetujuan.
Sebab: Tanpa persetujuan, umuman dan teks memakai label — nama hanya dipapar bila anda mengesahkan persetujuan.
Betul
Tutup penilaian sebelum mengumumkan keputusan muktamad.
Salah
Mengumumkan "keputusan sementara" semasa penilaian masih dibuka.
Sebab: Keputusan sementara boleh berubah selagi hakim boleh menyunting skor.
Soalan lazim
Adakah hakim perlu mendaftar akaun?
Tidak. Hakim mengimbas QR (atau membuka hakim.html dan menaip kod acara), memilih nombor hakim dan menaip PIN 8 digit. Lihat Panduan Portal Hakim.
Bagaimanakah seri dipecah?
Purata kriteria Pemecah seri 1, kemudian Pemecah seri 2, kemudian markah Ketua Hakim. Jika masih seri, anda menetapkan susunan dan ia direkod dalam log audit.
Bolehkah saya membetulkan skor selepas hakim menghantar?
Ya — tekan Buka semula pada baris hakim itu; hakim membetulkan dan menghantar semula. Peristiwa itu direkod dalam log audit.
Bolehkah kategori dinilai berasingan?
Ya. Isi Kategori bagi setiap peserta; keputusan, kedudukan dan umuman dikira bagi setiap kategori.
Tool berkaitan
Portal Hakim — langkah hakim memberi skor di telefon.