Satu panduan ringkas bagi setiap 86 tool: apa ia, siapa boleh guna, langkah, cara muat turun PDF dan Hantar ke Drive.
Baharu. Tool bertanda ada langkah bergambar (anak panah bernombor) dan contoh Betul vs Salah. Panduan bukan tool (RPH, Jadual Waktu, Pelan & Drive dll) ada di Panduan Asas.
Baru di Tools Guru? Mula dengan Cara guna Hab Tools Guru — cari alat, maksud label akses (Tetamu / Log masuk / Pro), Subjek Saya dan carian pantas.
Cara pantas.Tetamu boleh = dibuka tanpa log masuk; Log masuk = percuma dengan akaun; Pro / Ultra = Pro dan Ultra sahaja. Hantar ke Drive hanya untuk Pro dan Ultra. Buka tool terus di Tools Guru dalam app — hab kini ada kotak carian dan baris Paling digunakan guru di atas lipatan.
Pin tools kegemaran
Tools yang kerap diguna boleh dipin ke menu supaya dibuka dengan satu klik. Untuk semua pengguna, termasuk tetamu.
Buka Tools dari menu, atau buka tool itu sendiri.
Tekan ikon pin di penjuru kanan atas kad tool, atau butang Pin ke menu di sebelah butang Tools Guru dalam halaman tool. Ikon menjadi berisi bila tool sudah dipin.
Komputer: tool muncul dalam kumpulan Tools Dipin di menu kiri, terus di bawah Tools. Telefon: tool muncul dalam baris Dipin di atas halaman Tools.
Klik nama tool yang dipin untuk terus membukanya (termasuk inovasi guru seperti Tajwid Pintar KKQ).
Untuk menyusun, tekan anak panah ke atas (naikkan). Untuk membuang, tekan × atau tekan ikon pin sekali lagi. Di komputer, kedua-dua butang muncul bila tetikus berada di atas nama tool.
Had 6 pin supaya menu kekal ringkas. Pin disimpan pada akaun anda, jadi ia ikut anda ke peranti lain selepas log masuk. Pin tetamu disimpan dalam pelayar ini sahaja dan dibawa masuk ke akaun pada log masuk pertama.
Tiada tool sepadan.
Bilik Darjah (6)
Kit Bilik Darjah — Pemasa, pemilih rawak, kumpulan, papan mata & kuiz kilat (Tetamu boleh)
Pek Kelas Ganti — Satu muka setiap kelas untuk guru ganti (Log masuk)
Pengurus Kejohanan Sukan — Kategori ikut umur, saringan & lorong, keputusan dari telefon, papan mata rumah & bib QR (Tetamu boleh)
Perancang Tema Mingguan Prasekolah — Jaringan tema dengan SP setiap tunjang, liputan tahunan, rutin & sudut, lima RPH sekali gus (Pro / Ultra)
Pencatat Minit — Minit mesyuarat, perhimpunan, PLC & post-mortem ikut format PTPA 2/2018 — semakan pematuhan, lima templat PDF & AI tersusun (Tetamu boleh)
Minit Curai — Laporan selepas kursus, bengkel atau taklimat — slot, tindakan sekolah, refleksi & perkongsian dalam empat templat, daripada memo rasmi hingga infografik (Tetamu boleh)
One Page Report (OPR) — Laporan program satu muka A4 bergambar — semakan satu muka automatik, sepuluh templat & AI tersusun (Tetamu boleh)
Fail & Utiliti (4)
Kotak Alat PDF — Gabung, susun, putar, pecah, mampat & tukar PDF ke gambar — dalam pelayar anda (Tetamu boleh)
Kotak Alat Imej — Gambar ke PDF, mampat, ubah saiz & tukar format JPG/PNG/WebP — dalam pelayar anda (Tetamu boleh)
Penjana Kod QR — Kod QR pautan atau WiFi berlabel, PNG/PDF, dan helaian pukal daripada senarai (Tetamu boleh)
Nombor ke Perkataan — Amaun ringgit atau nombor kepada perkataan BM/English untuk resit, baucar & cek (Tetamu boleh)
Produktiviti: Kelas & Murid (8)
Kad Nama Meja & Label Murid — Kad meja berlipat, label buku 3×8, tag nama & label loker dalam 9 gaya (Tetamu boleh)
Mata Ganjaran & Carta Bintang — Mata +/− setiap murid, log sebab, kedudukan & carta bintang cetak (Akses 12 bulan · Pro)
Jadual Tugas Kelas Bergilir — Giliran piket & tugasan mingguan yang adil, sepenggal sekali jana (Akses 12 bulan · Pro)
Rekod Kutipan Yuran & Resit — Bayaran setiap murid, resit RM dalam perkataan, senarai belum bayar & Excel (Akses 12 bulan · Pro)
Rekod Bacaan NILAM — Log buku murid, tahap Gangsa–Platinum automatik & laporan kelas (Akses 12 bulan · Pro)
Penjejak Kerja Rumah — Status hantar/lewat/tiada setiap tugasan, ringkasan & peringatan WhatsApp (Akses 12 bulan · Pro)
Poster Hari Lahir Kelas — Poster 12 bulan daripada tarikh lahir atau MyKid (Akses 12 bulan · Pro)
Log Komunikasi Ibu Bapa — Rekod panggilan/mesej/perjumpaan, tindakan susulan & laporan (Akses 12 bulan · Pro)
Produktiviti: Lembaran & Pengajaran (11)
Penjana Silang Kata — Grid bernombor automatik, petunjuk mendatar/menegak & skema jawapan (Akses 12 bulan · Pro)
Penjana Cari Kata — Grid cari kata 3 tahap kesukaran dengan skema jawapan (Akses 12 bulan · Pro)
Penjana Isi Tempat Kosong — Latihan rumpang daripada petikan, kotak kata pilihan & skema (Akses 12 bulan · Pro)
Penjana Susun Semula Huruf — Huruf bercampur daripada senarai kata, petunjuk & skema (Akses 12 bulan · Pro)
Kad Kosa Kata Bergambar — Kad ilustrasi garis 8 tema siap atau senarai sendiri (gambar dipadan automatik), BM & English — jelas dicetak hitam putih (Tetamu boleh)
Lembaran Jam Analog — Lembaran baca/lukis jarum jam — jam penuh hingga 5 minit, dengan skema (Akses 12 bulan · Pro)
Papan & Lembaran Ayat — Ayat rasmi Tanzil di projektor — tajwid berwarna, sembunyi berperingkat, lembaran tasmik (Tetamu boleh)
Pencari Dalil Bersumber — Cari ayat & hadis dalam korpus tertutup — kad dalil bersumber & penilai, jujur bila tiada (Log masuk)
Semak Ketepatan Ayat al-Quran — Tampal ayat — dipadan dengan 6,236 ayat Tanzil, beza aksara demi aksara & rasm diasingkan (Tetamu boleh)
Tasrif & I'rab Bahasa Arab — Jadual tasrif ikut peraturan dengan harakat penuh, i'rab ikut kunci guru & kuiz Portal (Tetamu boleh)
Kalkulator Zakat & Faraid — Zakat dengan nilai negeri anda & faraid Syafie berjalan kerja — untuk PdP, bukan fatwa (Tetamu boleh)
Laporan j-QAF, PAFA & Tahfiz — Ringkasan auto daripada Buku Rekod al-Quran, Amali Ibadah & Saringan Jawi — gabung rakan guru (Log masuk)
Pemeriksa Ejaan & Tatabahasa BM — Semak teks penuh — ejaan, imbuhan, kata sendi & kelewahan dengan anotasi peraturan, pautan PRPM & mod murid (Tetamu boleh)
Bank Peribahasa & Ungkapan — Peribahasa, simpulan bahasa & idiom dengan maksud — cari ikut jenis, tema & tahap, kuiz cetak atau Portal (Tetamu boleh)
Semak & Cipta Puisi Tradisional — Penyemak suku kata, rima & baris pantun/syair/gurindam dengan warna rima — draf AI wajib lulus penyemak (Tetamu boleh)
Rakan KOMSAS & Kesusasteraan — Templat analisis ikut genre diisi guru, soalan gaya peperiksaan & peta minda — AI hanya daripada nota anda (Pro / Ultra)
Penjejak Tahap CEFR Bahasa Inggeris — Profil murid Listening, Speaking, Reading & Writing Pre-A1 hingga B2 — data dikumpul daripada tool lain, sasaran panitia & peta haba (Pro / Ultra)
Lembaran Tulisan Aksara — Lembaran menulis Hanzi 田字格 dengan urutan strok & pinyin, huruf Tamil, Jawi/Arab dan Rumi garis empat (Tetamu boleh)
Penjana Buku Bacaan Terkawal — Cerita ikut pola yang sudah diajar — penapis tanda kata di luar pola, buku kecil A5 atau buku besar A3, terus ke Saringan Bacaan (Log masuk)
Studio Graf, Carta & Kertas Grid — Graf fungsi & ketaksamaan, carta statistik, data eksperimen & Malaysia, kertas grid skala tepat (Tetamu boleh)