Taip jawatan dan nama mengikut inden — carta organisasi berhierarki jawatankuasa, panitia atau kelab dijana automatik dalam 6 gaya carta dengan warna aksen pilihan dan sedia dicetak A4 landskap.
Produktiviti Guru › Program & Pentadbiran
Percuma · Tetamu boleh
~3 minit
Sebelum anda mula
Sediakan senarai jawatan dan nama ahli jawatankuasa.
Pilihan
Tiada modul perlu disiapkanAlat ini berdiri sendiri — tidak memerlukan Jadual Waktu atau Senarai Murid dalam SistemGuru. Senarai nama boleh ditampal terus daripada Excel, Google Sheets atau APDM.
Wajib
Pelayar terkiniChrome, Edge, Safari atau Firefox versi semasa — komputer riba, tablet atau telefon. Semua pemprosesan berlaku pada peranti anda.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan (nama murid, amaun dan tarikh contoh — bukan data sebenar).
Apa yang berbeza ikut pelan
Tool ini sebahagian daripada Produktiviti Guru dan percuma untuk semua — boleh dibuka terus tanpa log masuk (Tetamu). Semua ciri sama untuk setiap pelan.
Ciri
Tetamu
Percuma
Pro
Ultra
Semua ciri Carta Organisasi
Ya
Ya
Ya
Ya
Cetak · PDF · Excel / Word
Ya
Ya
Ya
Ya
Had penggunaan
—
Tiada had
Tiada had
Tiada had
Semua pelanLangkah demi langkah
Sama bagi semua pengguna yang mempunyai akses.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka tool
Di menu kiri tekan Tools (telefon: Tools pada bar bawah), buka lipatan Produktiviti Guru › Program & Pentadbiran dan ketik kad tool. Pautan terus: sistemguru.my/#tools-carta-organisasi. Butang Panduan di atas tool membuka halaman ini.
1Panduan — halaman ini.
2Senarai berinden.
3Tajuk & warna.
4Pratonton carta.
Langkah 2 Taip jawatan & nama dengan inden
Di kotak Jawatan: Nama, taip satu jawatan setiap baris dalam bentuk Jawatan: Nama, cth Setiausaha: En. Rahman bin Ali. Baris tanpa ruang di hadapan menjadi kotak paling atas.
Tekan ruang (cth 2 ruang) di hadapan baris untuk meletakkannya di bawah baris di atasnya yang kurang inden. Ahli yang setaraf diberi inden yang sama — mereka disusun sebaris. Beberapa nama dipisah koma (AJK Aktiviti: Cik Kavitha, En. Muhammad Hafiz) dipaparkan dalam satu kotak, satu nama sebaris.
1Jawatan: Nama — inden menunjukkan hierarki.
2Baris tanpa inden — kotak paling atas.
3Inden 2 ruang — di bawahnya.
4Nama dipisah koma — satu kotak.
Langkah 3 Tajuk & warna
Isi Tajuk — dicetak di bahagian atas carta dan dipaparkan dalam pratonton. Pilih Gaya carta: Rasmi & korporat (Klasik, Korporat, Rasmi emas) atau Moden & ceria (Minimal, Pastel, Ceria) — Pastel dan Ceria mewarnakan setiap aras hierarki secara berbeza. Warna aksen mewarnakan bingkai, jalur dan nama jawatan — gunakan warna rasmi sekolah, kelab atau rumah sukan.
Tajuk, gaya, warna dan senarai diingat pada pelayar ini.
1Tajuk (pada cetakan).
2Warna aksen.
3Pratonton berwarna baharu.
Langkah 4 Cetak A4 landskap
Tekan Cetak A4 (landskap). Carta dicetak di tengah halaman melintang dengan tajuk — tampal di papan kenyataan kelab, atau Simpan sebagai PDF untuk fail panitia dan laporan.
1Cetak A4 (landskap).
Carta organisasi bercetak (A4 landskap).
Maklumat penting
Inden dikira daripada ruang di awal baris; satu Tab dikira dua ruang.
Terlalu banyak kotak sebaris (lebih kurang 7) akan melebar — pecahkan kepada beberapa ketua unit dengan ahli di bawah masing-masing.
Baris tanpa titik bertindih (:) dipaparkan sebagai jawatan sahaja tanpa nama.
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.
Betul
Gunakan bilangan ruang yang sama bagi jawatan setaraf.
Salah
Inden 2 ruang bagi Setiausaha dan 3 ruang bagi Bendahari.
Sebab: Inden berbeza meletakkan Bendahari di bawah Setiausaha, bukan sebaris.
Betul
Gabungkan AJK sejawatan dengan koma.
Salah
Satu baris bagi setiap AJK biasa.
Sebab: Carta lebih padat dan muat sehelai A4.
Soalan lazim
Bagaimana meletakkan dua penasihat sebaris di atas?
Taip kedua-duanya tanpa inden; ahli di bawah salah seorang perlu diinden di bawah baris itu.
Boleh tukar warna setiap kotak?
Tidak — satu warna aksen bagi seluruh carta. Gaya Pastel dan Ceria mewarnakan setiap aras hierarki secara automatik.
Saiz kertas lain?
Carta dicetak pada A4 landskap; pilih skala dalam tetapan pencetak untuk A3.
Perlu bayar?
Tidak. Tool ini percuma untuk semua — boleh dibuka tanpa log masuk (Tetamu), tanpa had penggunaan.