Tambah grid berlabel pada gambar rujukan dan jana grid kosong sama nisbah supaya murid menyalin lukisan petak demi petak — kaedah grid Pendidikan Seni Visual.
Fail & Penukar › Penukar Imej & Cetakan
Tetamu boleh
Semua pelan sama
~2 minit
Sebelum anda mula
Sediakan gambar rujukan yang hendak dilukis semula oleh murid (JPG, PNG atau WebP).
Pilihan
Tiada modul perlu disiapkanAlat ini berdiri sendiri — tidak membaca Jadual Waktu, Senarai Murid atau data lain. Boleh dibuka tanpa log masuk.
Wajib
Pelayar terkiniChrome, Edge, Safari atau Firefox versi semasa (komputer atau telefon). Pemprosesan berlaku pada peranti anda — fail dan teks anda tidak dimuat naik ke mana-mana.
Wajib
Sambungan internet semasa memproses PDFPustaka PDF dimuat sekali dari CDN apabila anda memilih atau menjana PDF buat kali pertama. Fail anda sendiri tidak dimuat naik ke mana-mana.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data dan fail contoh rekaan.
Apa yang berbeza ikut pelan
Tiada. Alat ini sama sepenuhnya bagi Tetamu, Percuma, Pro dan Ultra — tiada had penggunaan, tiada tera air dan tiada data dihantar ke pelayan.
Semua pelanLangkah demi langkah
Sama bagi semua pengguna yang mempunyai akses.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka tool
Di menu kiri tekan Tools (telefon: Tools pada bar bawah), buka lipatan Fail & Penukar › Penukar Imej & Cetakan dan ketik kad tool. Pautan terus: sistemguru.my/#tools-grid-lukisan. Butang Panduan di atas tool membuka halaman ini.
Alat ini percuma dan boleh dibuka tanpa log masuk (Tetamu). Gambar diproses dalam pelayar — tiada fail dihantar ke pelayan SistemGuru.My.
1Panduan — halaman ini.
2Zon Pilih atau seret gambar.
3Fail diproses dalam pelayar sahaja.
Langkah 2 Pilih gambar rujukan
Tekan zon Pilih atau seret gambar dan pilih gambar rujukan — lukisan, foto objek atau watak kartun. Grid terus dilukis di atas gambar.
1Tekan untuk menukar gambar.
2Nama fail & saiz asal.
3Gambar rujukan bergrid.
Langkah 3 Pilih bilangan petak & warna garis
Bil. petak melintang: 3 hingga 16 petak. Petak sentiasa segi empat sama; bilangan baris mengikut nisbah gambar. Lebih banyak petak = lebih terperinci tetapi lebih lama dilukis.
Warna garis: Merah (lalai, jelas pada kebanyakan gambar), Hitam, atau Putih (gambar gelap).
1Bil. petak melintang.
2Warna garis.
3Grid segi empat sama.
Langkah 4 Label petak & rujukan hitam-putih
Label petak (A1, B2…) mencetak kod di penjuru kiri atas setiap petak: huruf = lajur (A, B, C… dari kiri), nombor = baris (1, 2, 3… dari atas). Murid boleh menyemak "petak C2" pada rujukan dan pada grid kosong.
Gambar rujukan hitam-putih menukar rujukan kepada tona kelabu — memudahkan murid melihat gelap-cerah untuk lukisan pensel atau arang.
1Label petak (A1, B2…).
2Gambar rujukan hitam-putih.
3Rujukan kelabu berlabel.
Langkah 5 Muat turun rujukan & grid kosong
Tekan Muat turun PDF (rujukan + grid kosong). Halaman 1 ialah gambar rujukan bergrid; halaman 2 ialah grid kosong yang sama nisbah dan label pudar — murid melukis di sini petak demi petak.
Muat turun PNG menyimpan gambar rujukan bergrid sahaja (untuk ditayang di skrin atau projektor).
1Muat turun PDF (rujukan + grid kosong).
2Muat turun PNG.
3Penerangan kaedah grid.
1Rujukan bergrid berlabel.
2Grid kosong sama nisbah.
Maklumat penting
Kaedah grid melatih pemerhatian bentuk dan perkadaran — sesuai untuk Pendidikan Seni Visual sekolah rendah dan menengah.