Graf fungsi dan ketaksamaan, carta statistik, graf data eksperimen, data terbuka Malaysia dan kertas grid berskala tepat — langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.
STEM · Matematik & Sains
Tetamu boleh
~5 minit
Tanpa AI
Sebelum anda mula
Tool ini berdiri sendiri; Mod Data Malaysia memerlukan Internet.
Pilihan
Tiada — untuk TetamuKelima-lima mod berfungsi tanpa akaun.
Pilihan
Jadual WaktuPilihan Subjek semasa menghantar graf sebagai soalan Portal Murid.
Contoh dalam panduan ini. Fungsi kuadratik f(x) = x² − 2x − 3 dan y = x + 1 (Matematik T4 SK 1.1), sistem ketaksamaan linear (SK 6.2), plot kotak markah rekaan 20 murid (SK 8.2), amali kanta cembung 1/v melawan 1/u dengan bacaan rekaan (Sains T5 Bab 7) dan data sebenar bekalan elektrik data.gov.my. Guru log masuk: Cikgu Nurul Aina (guru rekaan Sains).
Apa yang berbeza ikut pelan
Semua mod graf percuma, tanpa log masuk pun. Log masuk menambah simpanan akaun dan Portal Murid; Pro/Ultra menambah Google Drive. Tiada AI.
Ciri Studio Graf
Tetamu
Percuma
Pro
Ultra
Lima mod graf · PDF vektor · PNG · Word · Excel
Ya (nota kaki)
Ya (nota kaki)
Ya
Ya
Data Malaysia (data.gov.my) & Data saya
Ya
Ya
Ya
Ya
Graf saya
Pelayar ini
Akaun
Akaun
Akaun
Hantar sebagai soalan Portal
—
Ya
Ya
Ya
Hantar ke Drive
Log masuk
Pro
Ya
Ya
AI
Tiada
Tiada
Tiada
Tiada
TetamuLima mod graf tanpa log masuk
Langkah yang sama bagi semua pelan.
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Buka tool dan pilih mod
Tools › Subjek Saya (STEM) › Studio Graf, Carta & Kertas Grid, atau #tools-studio-graf. Tanpa log masuk pun boleh.
Lima mod di atas: Fungsi (graf fungsi & ketaksamaan), Carta (12 jenis carta statistik), Eksperimen (graf data amali dengan garis penyuaian), Data Malaysia (data terbuka data.gov.my) dan Kertas Grid. Graf dilukis langsung di kanan semasa anda menaip; Jana lembaran menukarnya kepada dokumen A4.
1Lima mod.
2Kad Fungsi (maks 6).
3Kad Ketaksamaan (maks 6).
4Lipatan Ciri graf, Paksi & skala, Tajuk.
5Jana lembaran.
6Pratonton langsung.
Langkah 2 Mod Fungsi: taip fungsi
Taip fungsi selepas y = tanpa simbol khas: x^2 - 2x - 3, 2(x+1), 2sin x, sqrt(x), 1/x, e^x, ln x — pendaraban tersirat dibenarkan. + Tambah fungsi untuk graf seterusnya (warna berbeza). Ralat sintaks dipapar merah di bawah medan.
Di bawah graf, tool mengira punca, pintasan-y, titik pusingan dan titik persilangan — cth f(x) = x² − 2x − 3: punca −1 dan 3, minimum (1, −4); bersilang dengan y = x + 1 di (−1, 0) dan (4, 5).
1Fungsi 1.
2Fungsi 2.
3+ Tambah fungsi.
4Graf langsung bertanda titik penting.
5Ringkasan dikira.
Langkah 3 Ciri graf: tangen & jadual nilai
Buka Ciri graf: pilih label yang dilukis (Punca, Pintasan-y, Titik pusingan, Persilangan). + Tangen di x = … melukis tangen pada fungsi pilihan beserta persamaannya (cth y = 4x − 12 di x = 3).
Tanda Jadual nilai x → y dan isi nilai x — jadual dicetak di bawah graf. Tanda Kosongkan nilai y untuk soalan “Lengkapkan jadual” kepada murid.
1Ciri yang dilabel.
2Tangen: fungsi & nilai x.
3Jadual nilai.
4Nilai x.
5Kosongkan nilai y.
Langkah 4 Paksi & skala
Paksi & skala: julat x dan y, selang, label paksi, Lebar/Tinggi graf dalam mm (A4 potret maksimum 178 mm), jenis grid dan Trigonometri dalam darjah (sin 30 = 0.5). Saiz dalam mm dicetak tepat — cetak pada skala 100%.
1Julat x/y.
2Selang.
3Label paksi.
4Saiz (mm).
5Grid.
6Darjah bagi trigonometri.
Langkah 5 Jana lembaran dan muat turun
Isi Tajuk, label & saiz (tajuk dan nota di bawah graf), kemudian tekan Jana lembaran. Pratonton A4 dikemas kini automatik dan disimpan ke Graf saya.
Bar eksport: Muat turun PDF (graf vektor tajam), Hantar ke Drive (Pro), dan Lagi ▾ — Word, Excel (data/ciri), Cetak, PDF terus, Kepala dokumen, Muat turun PNG (untuk slaid), Hantar sebagai soalan Portal dan Salin sebagai baharu.
1Muat turun PDF.
2Hantar ke Drive.
3Lagi ▾.
4Pratonton A4.
PDF sebenar — graf, ciri dibundar 2 t.p. dan jadual nilai.
Langkah 6 Ketaksamaan linear
Dalam kad Ketaksamaan, tekan + Tambah ketaksamaan dan taip cth y <= 4, x + y >= 2, y > x - 2. Rantau yang memuaskan SEMUA ketaksamaan dilorek. Sempadan garis penuh bagi ≤ / ≥ dan garis putus bagi < / > — status setiap baris dipapar di bawahnya (konvensyen buku teks, sahkan).
1Ketaksamaan.
2Status sempadan (garis putus).
3+ Tambah ketaksamaan.
4Rantau dilorek dalam pratonton.
Langkah 7 Mod Carta: carta statistik & statistik ringkas
Pilih Jenis carta: palang (biasa, mendatar, berganda), histogram, poligon kekerapan, ogif, pai, graf garis, piktograf, plot titik, batang-dan-daun atau plot kotak. Carta palang/pai/garis menerima Label | Nilai sebaris; histogram, ogif, plot kotak dan lain-lain menerima data mentah.
Tanda Statistik ringkas untuk jadual min (x̄), median, mod, julat, kuartil, julat antara kuartil, varians dan sisihan piawai. Pilih Kaedah kuartil ikut buku teks anda. Contoh: plot kotak markah 20 murid.
1Jenis carta.
2Data mentah.
3Statistik ringkas.
4Kaedah kuartil.
5Pratonton.
PDF plot kotak + jadual kekerapan.
Langkah 8 Mod Eksperimen: graf data amali
Isi nama dan unit pemboleh ubah dimanipulasi (x) dan bergerak balas (y), kemudian data x | y satu baris setiap bacaan. Tool melukis titik ⊗, garis penyuaian terbaik (m, c dan r² di bawah graf) dan segi tiga kecerunan. Contoh: amali kanta cembung — 1/v melawan 1/u; pintasan-y = 1/f, jadi f ≈ 10 cm.
Paksi & skala: kosongkan untuk skala automatik (1, 2 atau 5 × 10ⁿ unit per 2 cm, graf ≥ 50% kertas), atau tetapkan sendiri. Lipatan Senarai semak graf amali ialah kriteria contoh untuk menilai graf murid.
1Pemboleh ubah x.
2Unit.
3Data x | y.
4Garis melalui asalan · Segi tiga kecerunan.
1Skala 2 cm mewakili …
2Senarai semak graf amali.
3Kriteria contoh.
PDF graf eksperimen pada kertas grid.
Langkah 9 Mod Data Malaysia
Pilih Set data daripada senarai putih data.gov.my (penduduk, bahan api, IHP, tenaga buruh, kelahiran, KDNK, kadar pertukaran, bekalan elektrik, pelancong, pendapatan isi rumah, penggunaan air), tanda siri, julat tahun dan Kekerapan. Data diambil terus oleh pelayar anda dan disimpan 1 hari; sumber, tarikh data dan tarikh dicapai dicetak bersama graf.
Data saya: taip data sendiri (cth daripada MetMalaysia) — Sumber dan Tarikh wajib diisi. Jika data.gov.my tidak dapat dihubungi, tiada carta dilukis (tiada data rekaan).
1data.gov.my / Data saya.
2Set data.
3Siri.
4Julat tahun.
5Status & atribusi.
6Pratonton.
1Data.
2Sumber (wajib).
3Tarikh (wajib).
4Amaran sumber belum diisi.
Langkah 10 Mod Kertas Grid
Pilih jenis: 1 mm, 2 mm, 5 mm, 1 cm, Titik, Isometrik atau Kutub; A4 potret atau landskap; pilihan Lukis paksi x dan y dengan asalan di tengah atau kiri bawah. Grid diukur tepat dalam mm — cetak pada skala 100% (Saiz sebenar).
1Jenis grid.
2Orientasi kertas.
3Lukis paksi x dan y.
4Kedudukan asalan.
5Saiz grid sebenar.
PDF kertas grid 2 mm.
Langkah 11 Graf saya (Tetamu)
Graf saya menyenaraikan 15 graf terbaharu: Buka, Salin sebagai baharu, Padam. Tetamu: disimpan dalam pelayar ini sahaja. Hantar ke Drive dan Hantar sebagai soalan Portal membuka tetingkap log masuk.
1Pelayar ini sahaja.
2Graf tersimpan & butang.
PercumaSoalan Portal & Graf saya dalam akaun
Log masuk (Percuma sudah memadai).
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Hantar graf sebagai soalan Portal Murid
Selepas Jana, buka Lagi ▾ › Hantar sebagai soalan Portal. Graf dihantar sebagai imej stimulus; anda menulis soalan sendiri. Pilih Subjek (daripada Jadual Waktu), tambah soalan Angka (jawapan + toleransi ±), Isian atau Objektif (pilihan A–E), kemudian Simpan & terbitkan dan pilih kelas. Jawapan murid disemak automatik.
Contoh: “Nyatakan pintasan-y” (0.1 ± 0.005) dan “Hitung panjang fokus” (10 ± 0.5 cm) untuk 5 Bestari.
1Tajuk latihan.
2Subjek.
3Jenis soalan.
4Soalan.
5Jawapan & toleransi.
6Simpan & terbitkan.
Langkah 2 Graf saya dalam akaun
Bagi guru log masuk, graf disimpan dalam akaun (dikemas kini automatik) dan boleh dibuka di mana-mana peranti. Pada Percuma, PDF bernota kaki dan Hantar ke Drive bertanda Pro.
1Disimpan dalam akaun.
2Masa kemas kini.
3Buka.
1Hantar ke Drive — Pro.
ProGoogle Drive
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Hantar ke Google Drive
Hantar ke Drive menyimpan lembaran graf sebagai Google Doc (graf ditukar kepada imej PNG) dalam SistemGuru.My/Tools/Studio Graf, Carta & Kertas Grid; hantaran semula mengemas kini fail yang sama. PDF Pro tanpa nota kaki.
1Buka Fail di Google Drive.
UltraCiri Pro (tiada AI dalam tool ini)
Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.
Langkah 1 Sama seperti Pro
Studio Graf tidak memakai AI — semua nilai dikira kod. Ultra mendapat ciri yang sama seperti Pro.
Maklumat penting
Semua graf ialah vektor (SVG) — tajam pada PDF; Word, Drive dan PDF terus memakai PNG automatik.
Nilai ciri graf dibundar 2 tempat perpuluhan; punca dan persilangan dicari secara berangka — sahkan nilai tidak nisbah dengan kaedah algebra.
Satu dokumen bagi setiap graf: tajuk dan nota dikongsi antara mod — kosongkan nota bila menukar mod.
PDPA: tiada data murid. Data Malaysia ialah data terbuka awam (Lesen Data Terbuka — semak terma).
Betul vs Salah
Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.
Betul
Cetak pada skala 100% (Saiz sebenar).
Salah
Memilih “Fit to page” dalam dialog cetak.
Sebab: Skala 2 cm dan grid mm hanya tepat pada 100%.
Betul
Taip <= / >= bagi ≤ / ≥.
Salah
Menaip =< atau simbol lain.
Sebab: Penghurai mengenal <, >, <=, >= — status di bawah medan menunjukkan garis penuh/putus.
Betul
Isi Sumber dan Tarikh bagi Data saya.
Salah
Memplot data tanpa sumber.
Sebab: Graf data sebenar mesti boleh disemak — tool menolak Data saya tanpa sumber.
Betul
Pilih Kaedah kuartil ikut buku teks anda.
Salah
Menganggap kuartil sama bagi semua kaedah.
Sebab: Kaedah (n+1)/4 dan Tukey boleh memberi Q1/Q3 berbeza.
Soalan lazim
Adakah data rekaan digunakan dalam Data Malaysia?
Tidak. Data diambil terus daripada api.data.gov.my oleh pelayar anda; jika gagal, tiada carta dilukis.
Bagaimana mendapatkan graf untuk slaid?
Lagi ▾ › Muat turun PNG (resolusi tinggi).
Boleh guna tanpa log masuk?
Boleh — semua lima mod, PDF, PNG, Word dan Excel. Portal Murid dan Drive memerlukan log masuk.
Mengapa graf saya kelihatan kecil pada kertas?
Semak Lebar/Tinggi (mm) dalam Paksi & skala, dan pastikan cetakan pada skala 100%.