e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara guna Penjejak Eksperimen & Amali

Senarai eksperimen daripada DSKP, rekod siap / tidak hadir / amali ganti dalam satu ketikan, ringkasan lawan RPT, laporan kelas dan laporan panitia dengan Kod Kongsi — langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.

Sebelum anda mula

Tool ini membaca murid, Jadual Waktu, Kehadiran dan RPT — siapkan yang wajib dahulu.

  1. Wajib
    Akaun SistemGuru.My (Percuma)Rekod murid disimpan dalam akaun.
  2. Wajib
    Senarai Murid (Portal Murid)Murid kelas bagi setiap set.
  3. Wajib
    Jadual WaktuKelas, subjek & tingkatan; kursus DSKP bagi calon eksperimen.
  4. Pilihan
    KehadiranMurid TH pada tarikh amali ditanda T secara automatik.
  5. Pilihan
    RPTLajur Rancang dalam Ringkasan.
  6. Pro
    Sambungan Google DriveUntuk Hantar ke Drive (PDF).
Contoh dalam panduan ini. Cikgu Nurul Aina (guru rekaan Sains T4) menjejak 8 eksperimen DSKP Sains (BM) Tingkatan 4 (SP sebenar 3.2.2 hingga 11.4.3) bagi 4 Bestari (26 murid rekaan). Ketidakhadiran 30/09 dan 26/08 ialah rekod rekaan; ringkasan 4 Dinamik dan 4 Gemilang dihantar oleh guru rekaan melalui Kod Kongsi.

Apa yang berbeza ikut pelan

Semua ciri percuma selepas log masuk; Pro/Ultra menambah Google Drive (PDF). Tiada AI.

Ciri Penjejak AmaliTetamuPercumaProUltra
Pustaka daripada DSKP, set, rekod, amali gantiLog masukYaYaYa
Ringkasan lawan RPT, laporan kelas & panitia—Ya (PDF nota kaki)YaYa
Kod Kongsi ketua panitia—YaYaYa
Hantar ke Drive (PDF)— ProYaYa

TetamuLog masuk diperlukan

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Tetamu perlu log masuk (percuma)

    Kad Penjejak Eksperimen & Amali dalam hab Tools bertanda Percuma · log masuk — rekod murid disimpan dalam akaun anda. Tetamu yang menekan Buka mendapat tetingkap Daftar / Log masuk.

    Kad Penjejak Eksperimen dan Amali dalam hab Tools.
    1. Lencana akses.
    2. Buka.
    Tetingkap Daftar percuma bagi Penjejak Amali.
    1. Tujuan log masuk.

PercumaSenarai, rekod, ringkasan & laporan

Semua langkah ini sama bagi Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Skrin utama

    Tools › Subjek Saya (STEM) › Penjejak Eksperimen & Amali, atau #tools-penjejak-amali. Skrin utama menyenaraikan set rekod (satu set = satu kelas × satu senarai eksperimen), tapis kelas, + Set baharu, lipatan Pustaka senarai eksperimen dan Arkib.
    Skrin utama kosong: tapis kelas, + Set baharu, mesej belum ada set dan Pustaka senarai eksperimen (0).
    1. Tapis kelas.
    2. + Set baharu.
    3. Senarai set.
    4. Pustaka senarai eksperimen.
  2. Langkah 2 Bina senarai eksperimen daripada DSKP

    Buka pustaka › + Senarai baharu. Pilih Subjek & tingkatan (daripada Jadual Waktu) dan tekan Muat calon daripada DSKP: SP yang kata kerjanya “menjalankan eksperimen / menyiasat / amali” dikesan sebagai calon, dikumpul ikut SK (Sains T4: 8 calon). Tanda calon yang mahu dijejak dan tekan ★ Wajib bagi eksperimen wajib ikut DSKP/panitia. Tunjuk semua SP jika eksperimen anda tidak dikesan.

    Di bawah Dipilih: sunting nama, ★ wajib, ▲ ▼ susun, ✕ buang, atau + Eksperimen sendiri. Tekan Simpan templat. Tandakan disahkan panitia… merekod pengesahan.

    Pustaka: Sains (BM) 4, Muat calon daripada DSKP, nota calon bukan senarai wajib rasmi, SK 10.3 dengan SP 10.3.3 ditanda dan butang Wajib.
    1. Subjek & tingkatan.
    2. Muat calon daripada DSKP.
    3. Calon — bukan senarai wajib rasmi.
    4. SK dengan bilangan calon.
    5. SP ditanda + ★ Wajib.
    Senarai Dipilih: lapan eksperimen DSKP Sains T4 dengan butang wajib, susun dan buang, Simpan templat.
    1. Eksperimen dipilih.
    2. ★ wajib.
    3. + Eksperimen sendiri.
    4. Simpan templat.
    5. Tandakan disahkan panitia…
  3. Langkah 3 Cipta set bagi kelas

    + Set baharu: pilih Kelas (bilangan murid dipapar — murid diambil daripada Senarai Murid), Subjek, Tingkatan, Templat (senarai eksperimen) dan Tajuk, kemudian Cipta set. Satu set bagi setiap kelas; templat yang sama boleh dipakai semua kelas.
    Tetingkap Set baharu: 4 Bestari, 26 murid, Sains (BM), tingkatan 4, templat senarai eksperimen dan tajuk.
    1. Kelas.
    2. Bilangan murid.
    3. Subjek.
    4. Templat.
    5. Tajuk.
    6. Cipta set.
  4. Langkah 4 Rekod amali dalam satu ketikan

    Tab Rekod: pilih Tarikh amali dan Eksperimen. Murid yang tidak hadir pada tarikh itu dibaca daripada modul Kehadiran (tool ini tidak menulis kehadiran) dan bertanda TH. Tekan Siap semua yang hadir — semua murid hadir ditanda S, murid TH ditanda T; Buat asal tersedia 8 saat.

    Ketik sel murid untuk mengitar S → T → kosong. Rekod disimpan automatik (“✓ Disimpan”).

    Tab Rekod 30/09/2026 eksperimen 10.3.3: 2 murid tidak hadir daripada Kehadiran dan butang Siap semua yang hadir.
    1. ← Semua set.
    2. Tab Rekod / Ringkasan / Laporan.
    3. Tarikh.
    4. Eksperimen.
    5. Murid TH (Kehadiran).
    6. Siap semua yang hadir.
    Selepas Siap semua: 26 murid ditanda dengan Buat asal; murid TH ditanda T.
    1. Buat asal.
    2. Murid TH.
    3. Grid S / T.
    Grid rekod: murid hadir S, dua murid TH ditanda T (merah) dan status Disimpan.
  5. Langkah 5 Amali ganti

    Pilih Amali ganti: grid hanya memaparkan murid yang perlu amali ganti (T) bagi eksperimen itu. Ketik sel untuk G (amali ganti siap) atau T.

    Amali ganti 05/10/2026: dua murid perlu amali ganti eksperimen 10.3.3.
    1. Amali biasa / Amali ganti.
    2. Murid perlu ganti.
    Seorang murid ditanda G (amali ganti siap).
  6. Langkah 6 Grid semua eksperimen & rekod satu murid

    Semua eksperimen (grid) memaparkan murid × eksperimen bagi tarikh dipilih. Lipatan Rekod satu murid menunjukkan status setiap eksperimen bagi seorang murid (Siap / Ganti / TH / Belum, dengan tarikh) dan Lagi ▾ untuk memadam semua rekod murid itu (PDPA).
    Grid semua eksperimen pada 30/09/2026.
    Rekod satu murid: status lapan eksperimen bagi seorang murid.
    1. Pilih murid.
    2. Status setiap eksperimen.
    3. Lagi ▾ — padam rekod murid.
  7. Langkah 7 Ringkasan lawan rancangan RPT

    Tab Ringkasan: Kemajuan eksperimen — tarikh Rancang (daripada RPT), Dilaksana, bilangan Siap / Ganti / Perlu ganti dan status (Ikut rancangan, Lewat, Dirancang). Penguasaan murid (peratus eksperimen siap) dan lipatan Perlu amali ganti dengan butang Rekod amali ganti.

    Jadual Kemajuan eksperimen: tarikh rancang RPT, dilaksana, siap, ganti, perlu ganti dan status.
    1. Rancang (RPT).
    2. Status ikut rancangan.
    3. Eksperimen akan datang.
    Penguasaan murid: bar peratus eksperimen siap bagi setiap murid.
    Lipatan Perlu amali ganti (2 murid) dengan butang Rekod amali ganti.
    1. Murid perlu ganti.
    2. Rekod amali ganti.
  8. Langkah 8 Laporan kelas

    Tab Laporan › Rekod kelas: kemajuan eksperimen + rekod murid × eksperimen (✓ / G / TH). Muat turun PDF (A4 landskap bila lebih 8 eksperimen), Word, Excel; Lagi ▾ › Salin senarai amali ganti (teks) untuk WhatsApp.

    Tab Laporan Rekod kelas: Muat turun PDF dan pratonton rekod amali 4 Bestari.
    1. Rekod kelas / Laporan panitia.
    2. Muat turun PDF.
    3. Lagi ▾.
    4. Pratonton.
    PDF Rekod Amali 4 Bestari: kemajuan lapan eksperimen dan rekod murid.

    PDF rekod kelas.

  9. Langkah 9 Laporan panitia & Kod Kongsi

    Laporan panitia menggabungkan semua set anda bagi subjek & tingkatan itu (maks. 12 kelas): peratus siap setiap eksperimen × kelas, eksperimen wajib belum dilaksana, amali ganti tertunggak dan ruang pengesahan. Nama murid tidak dipapar kecuali dipilih. Ketua panitia: buka Kumpul daripada guru lain › Cipta Kod Kongsi, kongsi kod (Salin mesej / WhatsApp). Guru lain menghantar ringkasan kelas mereka (tanpa nama murid); tekan Guna untuk memasukkannya ke laporan. Guru lain: Hantar ringkasan kepada ketua panitia › masukkan kod › semak ringkasan › tanda persetujuan › Hantar. Penghantaran saya membolehkan tarik balik.
    Laporan panitia: Kod Kongsi T8W3KQ6M dengan dua penghantaran guru rekaan ditanda Diguna.
    1. Laporan panitia.
    2. Kod Kongsi.
    3. Salin mesej / WhatsApp.
    4. Penghantaran — Guna.
    5. Hantar ringkasan kepada ketua panitia.
    PDF Laporan Panitia Amali Sains (BM) 4: peratus siap 4 Bestari, 4 Dinamik dan 4 Gemilang dengan purata.

    PDF laporan panitia (3 kelas).

    Tetingkap Hantar ringkasan: Kod Kongsi R4P7KM2T.
    1. Kod Kongsi.
    2. Semak kod.
    3. Penghantaran saya.
    Semakan sebelum hantar: ketua panitia, ringkasan lapan eksperimen 4 Bestari dan kotak persetujuan.
    1. Ketua panitia & tajuk.
    2. Ringkasan yang dihantar.
    3. Persetujuan.
    4. Hantar kepada ketua panitia.
  10. Langkah 10 Tetapan set & senarai

    Lipatan Tetapan set: tajuk, eksperimen (wajib, susun, sorok/buang — rekod dikekalkan), + Tambah eksperimen, Kemas kini daripada senarai, paparan nama murid (Nama / Inisial / Nombor), senarai sesi (Padam sesi), Arkibkan set dan Padam set….

    Tetapan set: tajuk, lapan eksperimen, tambah eksperimen, paparan nama, tujuh sesi dan Arkibkan / Padam set.
    1. Tajuk set.
    2. Butang eksperimen.
    3. + Tambah eksperimen.
    4. Paparan nama.
    5. Sesi.
    6. Arkib / Padam.
    Skrin utama selepas merekod: set Amali Sains (BM) 4 Bestari 2026 dengan 8 eksperimen dan 131 rekod.
    1. Kad set.
    2. Pustaka (1).

ProGoogle Drive (PDF)

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Hantar ke Google Drive (PDF)

    Hantar ke Drive menyimpan PDF laporan (bernama murid) ke Drive anda dalam SistemGuru.My/Tools/Penjejak Eksperimen & Amali — tiada salinan HTML di pelayan dan tiada hantaran automatik.
    Tetingkap Berjaya: PDF rekod amali disimpan ke Google Drive.
    1. Buka Fail di Google Drive.

UltraCiri Pro (tiada AI dalam tool ini)

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Sama seperti Pro

    Tool ini tidak memakai AI. Ultra mendapat ciri yang sama seperti Pro.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Catat kehadiran dahulu, kemudian Siap semua yang hadir.

Salah

Menanda semua murid S walaupun ada yang tidak hadir.

Sebab: Tool membaca TH daripada Kehadiran untuk menanda T secara automatik.

Betul

Tanda ★ wajib ikut DSKP / LP & panitia.

Salah

Menganggap semua calon SP ialah eksperimen wajib.

Sebab: Calon dikesan daripada kata kerja SP — bukan senarai wajib rasmi.

Betul

Rekod amali ganti dalam sesi Amali ganti.

Salah

Menukar T kepada S pada tarikh asal.

Sebab: Laporan perlu menunjukkan murid yang menjalani amali ganti (G) dan bila.

Betul

Hantar ringkasan panitia tanpa nama murid.

Salah

Menghantar senarai nama melalui WhatsApp.

Sebab: Kod Kongsi hanya membawa peratus — PDPA.

Soalan lazim

Adakah tool ini menulis kehadiran?

Tidak. Ia hanya membaca TH daripada modul Kehadiran bagi tarikh amali.

Dari mana tarikh “Rancang”?

Daripada RPT subjek & tingkatan itu (minggu yang mengandungi SP eksperimen). Tanpa RPT, lajur Rancang kosong.

Boleh guna untuk lebih satu kelas?

Ya — cipta satu set bagi setiap kelas menggunakan templat yang sama; laporan panitia menggabungkan semuanya.

Bagaimana memadam data seorang murid?

Rekod satu murid › Lagi ▾ › Padam semua rekod … (contohnya murid berpindah).

Tool berkaitan

Buka Penjejak Eksperimen & Amali