e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara sediakan Pek Kelas Ganti

Bila anda berkursus, bermesyuarat atau bercuti: satu muka A4 setiap kelas untuk guru ganti — SK/SP, arahan daripada RPH, tugasan Portal Murid dan senarai kehadiran — dijana daripada Jadual Waktu dan RPH anda.

Sebelum anda mula

Pek Kelas Ganti tidak menyimpan kelas atau SK/SP sendiri — semuanya dibaca daripada modul di bawah.

  1. Wajib
    Akaun (log masuk)Tool ini membaca data akaun anda; Percuma memadai.
  2. Wajib
    Jadual WaktuKelas pada tarikh tidak hadir disenaraikan daripada Jadual Waktu. Tanpanya, tool memaparkan butang Isi Jadual Waktu.
  3. Pilihan
    RPH minggu ituSK/SP dan arahan (induksi, aktiviti utama, penutup) diambil daripada RPH slot itu bagi minggu yang sama.
  4. Pilihan
    RPTSandaran SK/SP bila RPH minggu itu belum diisi (atau minggu cuti/peperiksaan dalam RPT).
  5. Pilihan
    Latihan tersimpanDipadankan ikut SK slot sebagai Tugasan murid melalui Portal Murid.
  6. Pilihan
    Portal Murid (kod kelas)Kod kelas dan QR dicetak pada setiap muka bila kod kelas sudah dijana.
  7. Pilihan
    Senarai MuridNama murid untuk jadual kehadiran. Tanpanya, baris kosong untuk ditulis.
  8. Pilihan
    Takwim SekolahHari cuti dan peristiwa kelas ditanda; slot berperistiwa tidak dipilih secara lalai.
  9. Pro
    Sambungan Google DriveUntuk Hantar ke Drive (Pro) dan salinan automatik (Ultra).
Contoh dalam panduan ini. Guru rekaan Cikgu Nurul Aina (SMK Bandar Contoh) membuka tool pada Ahad 4 Oktober 2026, 9 malam kerana berkursus pada Isnin. Kelasnya hari itu: 4 Bestari 07:30 dan 4 Cemerlang 10:30 (Sains (BM) T4). RPH minggu ini: SP 10.4.1 Produk Kesihatan; latihan “10.4 Bahan Aktif dalam Produk Kesihatan” tersimpan; kod Portal Murid sudah dijana. Semua nama murid rekaan.

Apa yang berbeza ikut pelan

Pek yang sama untuk semua pelan log masuk. Pro menambah Google Drive; Ultra menyalin pek ke Drive secara automatik.

Ciri Pek Kelas GantiTetamuPercumaProUltra
Buka toolPerlu log masukYaYaYa
Pek satu muka setiap kelas · rekod tidak hadir · simpan dalam akaun—YaYaYa
Muat turun PDF · Word · Excel · ringkasan WhatsApp—Ya (nota kaki)YaYa
Hantar ke Drive (tanpa nama murid)— ProYaYa
Salinan automatik ke Drive ikut jadual hantaran———Ya

TetamuPerlu log masuk

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Tetamu perlu log masuk dahulu

    Pek Kelas Ganti dibina daripada Jadual Waktu, RPH dan senarai murid anda, jadi tool ini tidak dibuka tanpa akaun. Mengetik kadnya di hab Tools sebagai Tetamu membuka tetingkap Daftar / Log Masuk; selepas log masuk anda dibawa terus ke Pek Kelas Ganti. Pelan Percuma sudah memadai.

    Tetingkap daftar akaun dengan ayat Daftar percuma untuk mula menggunakan Pek Kelas Ganti, tab Log Masuk dan borang daftar.
    1. Tujuan: menggunakan Pek Kelas Ganti.
    2. Log Masuk — jika sudah ada akaun.

PercumaJana, cetak dan kongsi pek

Semua langkah ini sama bagi Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Buka Pek Kelas Ganti

    Tools › lipatan Bilik darjah › Pek Kelas Ganti (pautan terus sistemguru.my/#tools-kelas-ganti). Tarikh tidak hadir diisi sendiri: hari ini jika kelas terakhir hari ini belum tamat; jika tidak, hari persekolahan seterusnya yang ada kelas. Dalam contoh ini guru membuka tool pada Ahad malam — tarikh lalai ialah Isnin, 5 Oktober 2026. Tukar tarikh jika perlu, dan pilih Sebab: Kursus / bengkel, Mesyuarat / urusan rasmi, Cuti sakit, Cuti rehat khas atau Lain-lain (Lain-lain membuka medan Nyatakan sebab).
    Borang Pek Kelas Ganti: tarikh 5 Oktober 2026, sebab Kursus, dua kelas hari itu, pilihan rekod tidak hadir, lipatan Arahan dan Pilihan dokumen, butang Jana Pek Kelas Ganti.
    1. Tarikh tidak hadir.
    2. Sebab.
    3. Kelas hari itu daripada Jadual Waktu (satu kad setiap slot).
    4. Rekodkan saya tidak hadir.
    5. Arahan untuk guru ganti.
    6. Pilihan dokumen.
    7. Jana Pek Kelas Ganti.
  2. Langkah 2 Pilih kelas yang ditinggalkan

    Setiap slot Jadual Waktu pada tarikh itu disenaraikan dan ditanda secara lalai — nyahtanda kelas yang tidak perlu (cth kelas yang sudah diganti waktu lain). Slot yang ada peristiwa Takwim (cth lawatan kelas itu) tidak ditanda secara lalai.

    Lencana di bawah setiap slot menunjukkan sumber SK/SP untuk pek itu: RPH minggu ini (RPH minggu yang sama), RPT minggu ini (jika RPH belum diisi), Rekod tidak hadir (sudah direkod sebelum ini) atau Tiada SK/SP.

    Rekodkan saya tidak hadir pada slot dipilih (lalai ditanda bagi tarikh hari ini dan akan datang) menyimpan rekod ketidakhadiran guru beserta SK/SP slot itu, supaya diingatkan di Guru › Akaun untuk diajar semula kemudian.
    Senarai kelas pada Isnin 5 Oktober: 4 Bestari 07:30 dan 4 Cemerlang 10:30, kedua-duanya berlencana RPH minggu ini, dan pilihan Rekodkan saya tidak hadir.
    1. Satu slot — tanda / nyahtanda; lencana = sumber SK/SP.
    2. Rekodkan saya tidak hadir pada slot dipilih.
  3. Langkah 3 Semak arahan dan tugasan setiap kelas

    Buka Arahan untuk guru ganti. Setiap kelas mempunyai akordion sendiri (satu dibuka pada satu masa). Arahan diisi daripada set induksi, aktiviti utama dan penutup RPH minggu yang sama — satu baris = satu langkah. Ubah supaya sesuai dengan guru ganti yang mungkin bukan guru subjek anda.

    Tugasan murid (Portal Murid) memilih latihan tersimpan: latihan yang SK-nya sepadan dengan SK slot itu dipilih secara lalai (kumpulan Sepadan dengan SK slot), latihan lain subjek itu turut disenaraikan, atau Tiada tugasan Portal.
    Lipatan Arahan untuk guru ganti: akordion 07:30 4 Bestari terbuka dengan arahan daripada RPH dan latihan 10.4 dipilih; akordion 10:30 4 Cemerlang tertutup.
    1. Ringkasan — diisi daripada RPH.
    2. Slot 07:30 4 Bestari (bilangan langkah · latihan).
    3. Arahan — satu baris satu langkah.
    4. Tugasan murid (Portal Murid).
    5. Slot seterusnya.
  4. Langkah 4 Pilihan dokumen

    Senarai nama murid (kehadiran) — jadual nama daripada Murid › Senarai dengan petak Hadir (tanpanya, hanya baris bilangan hadir). Maklumat Portal Murid — URL Portal, kod kelas dan kod QR. Paparkan sebab tidak hadir — sentiasa bermula tidak ditanda kerana sebab boleh jadi maklumat kesihatan.

    Nama murid hanya pada pratonton, PDF dan Word — tidak dalam salinan Drive atau ringkasan WhatsApp.

    Lipatan Pilihan dokumen dengan tiga pilihan: senarai nama murid, maklumat Portal Murid, dan sebab tidak hadir.
    1. Senarai nama murid.
    2. Maklumat Portal Murid (kod kelas & QR).
    3. Paparkan sebab tidak hadir.
  5. Langkah 5 Jana pek

    Tekan Jana Pek Kelas Ganti. App (1) merekod ketidakhadiran bagi slot dipilih, (2) menyimpan pek dalam akaun anda (satu pek setiap tarikh) dan (3) memaparkan pratonton A4. Lencana slot bertukar kepada Rekod tidak hadir · Sudah direkod.

    Pratonton: muka pertama Ringkasan untuk penyelaras (jika 2 kelas atau lebih), kemudian satu muka setiap kelas. Ubah apa-apa di borang — pratonton dikemas kini sendiri; tekan Kemas kini pek untuk menyimpan perubahan.

    Selepas Jana: slot berlencana Rekod tidak hadir dan Sudah direkod, butang Kemas kini pek, pautan Pek terdahulu, status Disimpan, bar eksport dan pratonton A4.
    1. Lencana Rekod tidak hadir · Sudah direkod.
    2. Kemas kini pek.
    3. Pek terdahulu.
    4. Status: disimpan · 2 kelas · 2 slot direkod.
    5. Muat turun PDF.
    6. Hantar ke Drive — Pro.
    7. Pratonton A4.
  6. Langkah 6 Rupa pek bercetak

    Muka penyelaras menyenaraikan masa, kelas, subjek dan tugasan dengan lajur kosong Guru ganti untuk ditulis oleh penyelaras relief. Setiap muka kelas mengandungi: 1. SK & SP, 2. Arahan bernombor, 3. Tugasan murid (latihan, URL Portal, kod kelas dan QR), 4. Kehadiran murid (dua lajur jika lebih 16 murid) dan ruang tandatangan guru ganti & guru subjek.

    Muka pertama PDF: Ringkasan untuk penyelaras dua kelas dengan tugasan latihan 10.4 dan lajur Guru ganti kosong.

    PDF sebenar (A4), bahagian atas muka 1.

    Muka kelas 4 Bestari: SK 10.4 dan SP 10.4.1, empat langkah arahan daripada RPH, tugasan latihan dengan kod kelas dan QR, senarai kehadiran 26 murid rekaan dan ruang tandatangan.

    Satu muka setiap kelas. PDF pelan Percuma membawa nota kaki hak cipta.

  7. Langkah 7 Ringkasan WhatsApp untuk penyelaras

    Buka Lagi ▾ › Salin ringkasan untuk WhatsApp. Teks ringkas (masa · kelas · subjek · arahan pertama) disalin ke papan keratan dan dipaparkan dalam tetingkap — tanpa nama murid dan tanpa sebab. Tekan Buka WhatsApp untuk menghantarnya, atau Salin semula.

    Menu Lagi pada bar Pek Kelas Ganti dengan pilihan Salin ringkasan untuk WhatsApp di hujung.
    1. Lagi ▾.
    2. Salin ringkasan untuk WhatsApp.
    Tetingkap Ringkasan untuk WhatsApp dengan dua baris kelas tanpa nama murid, butang Buka WhatsApp dan Salin semula.
    1. Teks ringkasan (sudah disalin).
    2. Buka WhatsApp.
  8. Langkah 8 Buka semula pek terdahulu

    Pek terdahulu menyenaraikan 10 pek terbaharu: Buka memulihkan tarikh, pilihan kelas, arahan dan latihan; Padam membuang pek (rekod tidak hadir yang sudah dibuat tidak terjejas). Jika anda memilih tarikh yang peknya sudah wujud, app memaparkan Buka pek itu.
    Tetingkap Pek terdahulu dengan pek Isnin 5 Oktober 2026 serta butang Buka dan Padam.
    1. Buka.
    2. Padam.
  9. Langkah 9 Semak SK/SP Belum Selesai

    Slot yang direkod tidak hadir disenaraikan di Guru › Akaun, kad SK/SP Belum Selesai (ikon Guru di menu kiri membawa lencana bilangannya), lengkap dengan tarikh, masa, sebab, SK dan SP — supaya anda tahu apa yang perlu diajar semula. Tekan Padam selepas PdP itu diganti.

    Kad SK/SP Belum Selesai di Guru Akaun dengan dua rekod Sains (BM) 4 Bestari dan 4 Cemerlang pada 5 Oktober 2026, sebab Kursus, SK 10.4 dan SP 10.4.1.
    1. Padam — selepas SK/SP itu diajar semula.
  10. Langkah 10 Hari tanpa kelas

    Bagi hujung minggu, cuti Takwim atau hari tanpa kelas dalam Jadual Waktu, app memberitahu sebabnya dan menawarkan butang Hari persekolahan seterusnya.

    Tarikh Sabtu 10 Oktober: mesej Tiada kelas (hari bukan persekolahan) dan butang Hari persekolahan seterusnya: Isnin, 12 Oktober 2026.
    1. Tarikh dipilih.
    2. Sebab tiada kelas.
    3. Hari persekolahan seterusnya.

ProSimpan pek ke Google Drive

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Hantar pek ke Google Drive

    Pada Pro, Hantar ke Drive tidak berkunci. Pek disimpan sebagai dokumen dalam SistemGuru.My/Tools/Pek Kelas Ganti; satu fail setiap tarikh — hantar semula mengemas kini fail yang sama. Sambung Google Drive sekali di Guru › Akaun.

    PDF dan Word pelan Pro/Ultra tanpa nota kaki “Dijana dengan SistemGuru.My”.

    Bar eksport Pek Kelas Ganti pelan Pro dengan Hantar ke Drive tanpa kunci.
    1. Hantar ke Drive.
    Tetingkap Berjaya: Pek Kelas Ganti disimpan ke SistemGuru.My/Tools/Pek Kelas Ganti, butang Buka Fail di Google Drive.
    1. Buka Fail di Google Drive.
  2. Langkah 2 Salinan Drive tanpa nama murid

    Salinan di Drive mengekalkan SK/SP, arahan, tugasan dan kod kelas, tetapi bahagian Kehadiran murid menulis “Senarai nama tidak dimasukkan dalam salinan Drive” dan sebab tidak hadir tidak pernah dihantar. Untuk senarai nama, cetak PDF.

    Bahagian bawah muka kelas dalam salinan Drive: tugasan murid dan nota Senarai nama tidak dimasukkan dalam salinan Drive.

    Salinan Drive — PDPA: tiada nama murid.

UltraSalinan pek ke Drive tanpa menekan butang

Semua ciri Pro, ditambah hantaran automatik.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Salinan pek dihantar sendiri

    Pada Ultra (Drive disambung), setiap kali anda menekan Jana / Kemas kini pek, salinan terkini pek (tanpa nama murid) disimpan secara senyap dan dihantar ke Drive mengikut jadual hantaran anda di Guru › Akaun, kad Hantaran automatik ke Google Drive. Hantar semua sekarang menghantar serta-merta.

    Kad Hantaran automatik ke Google Drive pelan Ultra: kekerapan setiap minggu hari Jumaat, butang Hantar semua sekarang (1) dan status 1 dokumen menunggu hantaran.
    1. Kekerapan dan Hari.
    2. Hantar semua sekarang.
    3. Status — pek kelas ganti menunggu hantaran.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Isi RPH minggu itu sebelum menjana — SK/SP dan arahan diisi sendiri.

Salah

Menjana pek bagi minggu yang RPHnya belum ada, kemudian menulis semua arahan dengan tangan.

Sebab: Arahan lalai hanya diambil daripada RPH minggu yang SAMA; tanpa RPH, SK/SP datang daripada RPT dan arahan kosong.

Betul

Biarkan Paparkan sebab tidak hadir tidak ditanda kecuali perlu.

Salah

Menulis diagnosis cuti sakit dalam pek yang diedar kepada guru lain.

Sebab: Sebab boleh jadi maklumat kesihatan; ia tidak pernah dihantar ke Drive dan pilihan itu tidak diingat.

Betul

Hantar ringkasan WhatsApp kepada penyelaras relief.

Salah

Menghantar gambar senarai nama murid dalam kumpulan WhatsApp.

Sebab: Ringkasan WhatsApp sengaja tanpa nama murid; senarai nama hanya pada helaian bercetak untuk guru ganti.

Betul

Semak SK/SP Belum Selesai di Guru › Akaun dan padam rekod selepas SK/SP itu diajar semula.

Salah

Membiarkan senarai SK/SP Belum Selesai bertimbun.

Sebab: SK/SP slot yang direkod kekal sebagai peringatan sehingga anda memadamnya.

Buka Pek Kelas Ganti