e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara guna One Page Report (OPR)

Laporan program satu muka A4 bergambar — maklumat program, objektif, pelaksanaan, impak, kekuatan, kelemahan, cadangan dan tandatangan — dengan semakan satu muka automatik, sepuluh templat ikut peringkat dan AI tersusun. Langkah demi langkah dengan gambar app sebenar.

Sebelum anda mula

OPR tidak memerlukan data lain daripada app — hanya catatan dan gambar program anda.

  1. Pilihan
    Akaun (pilihan)Tetamu boleh menulis dan memuat turun. Log masuk untuk menyimpan dalam akaun.
  2. Wajib
    Butiran & catatan programTarikh, masa, peserta, aktiviti dan impak yang diukur.
  3. Pilihan
    Gambar aktiviti (JPG/PNG)Lazimnya 4, maksimum 6.
  4. Pilihan
    Surat akuan ibu bapaJika gambar menunjukkan murid dan OPR akan dikongsi di media sosial.
  5. Pro
    Pelan ProAI tersusun (salin → tampal) dan Hantar ke Drive.
  6. Pro
    Sambungan Google DriveUntuk Hantar ke Drive.
  7. Ultra
    Pelan Ultra✦ Susun dengan AI satu klik.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar dengan data rekaan. Penasihat Kelab Sains dan Matematik rekaan Cikgu Nurul Aina (SMK Bandar Contoh, Selangor) menyediakan OPR Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah 2026 (2 Oktober 2026, 24 pasukan). Empat “foto” ialah ilustrasi rekaan tanpa murid sebenar; OPR Karnival STEM dan Bengkel Roket Air dalam akaun juga rekaan.

Apa yang berbeza ikut pelan

Semua pelan — termasuk Tetamu — boleh menghasilkan OPR penuh bergambar. Pelan menentukan simpanan, Drive dan AI.

Ciri One Page ReportTetamuPercumaProUltra
Borang, gambar (maks. 6), semakan satu muka, 10 templat, PDF / Word / salin teksYaYaYaYa
SimpanDalam pelayarDalam akaunDalam akaunDalam akaun
Nota “Dijana dengan SistemGuru.My” pada PDFYaYaTiadaTiada
Hantar ke Drive—YaYa
AI tersusun + semakan kesetiaan—Salin → tampal✦ Satu klik (kuota)

TetamuTulis, semak & muat turun

Semua langkah dalam bahagian ini juga sama bagi Percuma, Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Buka tool & kenali skrin

    Menu kiri › Tools › Program & Pentadbiran › One Page Report (pautan terus sistemguru.my/#tools-opr). OPR boleh digunakan tanpa log masuk.

    Kiri ialah borang program; kanan ialah pratonton A4 yang dikemas kini semasa anda menaip, dengan Semakan pematuhan di atasnya — termasuk semakan sama ada laporan muat satu muka surat. Kepala dokumen (logo dan nama sekolah) dikongsi dengan Pencatat Minit dan Minit Curai.

    Skrin One Page Report kosong: butang Baharu, Dokumen saya dan Simpan, kepala dokumen, borang Program dan Kandungan laporan, segmen Mentah / AI tersusun, templat Grid foto, semakan pematuhan 1/8, pratonton A4 dan Muat turun PDF.
    1. Baharu.
    2. Dokumen saya.
    3. Simpan.
    4. Kepala dokumen (logo & nama sekolah).
    5. Versi Mentah / AI tersusun.
    6. Templat.
    7. Semakan pematuhan.
    8. Pratonton A4.
    9. Muat turun PDF.
  2. Langkah 2 Maklumat program

    Isi Nama program / aktiviti, Anjuran, Tempat, Tarikh, Sasaran / peserta, Masa mula dan Masa tamat (dicetak “8.00 pagi – 12.00 tengah hari”) serta Bilangan peserta.

    Program lebih sehari atau ada penceramah luar: buka Butiran tambahan untuk Tarikh tamat dan Pegawai / penceramah terlibat.

    Bahagian Program terisi: Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah 2026, anjuran Kelab Sains dan Matematik, Padang SMK Bandar Contoh, 2 Oktober 2026, 08:00 hingga 12:00, 24 pasukan (96 murid) dan 8 guru.
    1. Nama program.
    2. Anjuran.
    3. Tarikh.
    4. Sasaran / peserta.
    5. Masa mula & tamat.
    6. Bilangan peserta.
    7. Butiran tambahan — tarikh tamat, pegawai.
  3. Langkah 3 Kandungan laporan

    OPR mesti muat satu muka A4 — tulis ringkas, satu poin satu baris. Isi Objektif (lazim 2–4), Ringkasan pelaksanaan (setiap baris juga menjadi titik dalam templat Garis masa), Impak / pencapaian (sebaiknya boleh diukur — angka, peratus), Kekuatan, Kelemahan / isu dan Cadangan penambahbaikan.

    Nota ringkas dengan singkatan pun boleh — versi Mentah dicetak tepat seperti ditulis, manakala AI tersusun (Pro / Ultra) menyusunnya menjadi ayat laporan.

    Bahagian Kandungan laporan: dua objektif, empat baris pelaksanaan bermasa, tiga baris impak, kekuatan, kelemahan dan dua cadangan.
    1. Peringatan satu muka A4.
    2. Objektif (2–4).
    3. Ringkasan pelaksanaan.
    4. Impak / pencapaian.
    5. Kekuatan.
    6. Kelemahan / isu.
    7. Cadangan penambahbaikan.
  4. Langkah 4 Tambah gambar aktiviti & kapsyen

    Tekan + Tambah gambar dan pilih foto daripada telefon atau komputer — lazimnya 4 gambar, maksimum 6. Gambar dimampatkan secara automatik. Taip kapsyen di bawah setiap gambar; × membuang gambar.

    Jika gambar menunjukkan murid, tanda Surat akuan ibu bapa / penjaga diperoleh — wajib sebelum OPR dikongsi di media sosial (Surat Siaran KPM Bil. 9/2024). Hadkan nama murid kepada penerima anugerah sahaja.

    Bahagian Gambar aktiviti dengan empat gambar ilustrasi berkapsyen, butang buang, butang Tambah gambar dan pilihan surat akuan ibu bapa bertanda.
    1. Gambar dimuat naik.
    2. Kapsyen.
    3. Buang gambar ×.
    4. + Tambah gambar (maks. 6).
    5. Surat akuan ibu bapa / penjaga.
  5. Langkah 5 Tandatangan

    Buka Tandatangan: Disediakan oleh (setiausaha / penyelaras program), Disemak oleh (pilihan, contoh PK Kokurikulum) dan Disahkan oleh (Guru Besar / Pengetua) beserta jawatan. Ketiga-tiganya dicetak sebaris di hujung OPR.

    Bahagian Tandatangan: disediakan Nurul Aina (Penasihat Kelab), disemak Mohd Faizal (PK Kokurikulum) dan disahkan Hjh. Salmah (Pengetua).
    1. Disediakan oleh.
    2. Disemak oleh (pilihan).
    3. Disahkan oleh.
  6. Langkah 6 Pastikan muat satu muka

    Buka Semakan pematuhan. Semakan Muat SATU muka surat A4 mengira tinggi pratonton: jika laporan melimpah, ia ditanda ✗ dengan anggaran bilangan muka — contoh draf penuh dengan 4 gambar menjadi ~2 muka dan tandatangan tertolak ke muka kedua.

    Ringkaskan: gabungkan poin, buang baris yang berulang, atau kurangkan gambar. Selepas pelaksanaan dipendekkan kepada tiga baris dan impak, kekuatan serta cadangan kepada satu baris, semakan menjadi 9/9 lulus.

    Semakan pematuhan draf penuh: 8/9 lulus, Muat SATU muka surat A4 gagal — kini kira-kira 2 muka.
    1. Ringkasan — 1 perkara wajib belum dipenuhi.
    2. ✗ Muat SATU muka — ~2 muka.
    Semakan pematuhan selepas diringkaskan: 9/9 lulus termasuk surat akuan ibu bapa dan Muat SATU muka surat A4.
    1. Ringkasan — 9/9 lulus.
    2. Surat akuan ibu bapa (gambar murid).
    3. ✓ Muat SATU muka.
  7. Langkah 7 Pilih templat & muat turun PDF

    Templat menukar susun atur tanpa mengubah isi: Grid foto — jadual maklumat dan gambar 2 × 2; Garis masa — pelaksanaan dipaparkan sebagai aliran bertitik dengan kotak impak, cadangan, kekuatan dan kelemahan; Kad poster — gambar pertama sebagai gambar utama dan kad ringkas peserta / tarikh / tempat; Majalah — tajuk besar gaya editorial, dua lajur dan petikan impak; Korporat — jalur biru tua dengan jubin peserta / tarikh / masa / tempat; Minimalis — hitam putih, banyak ruang putih dan garis halus; Infografik — jubin statistik berikon dan label bahagian berwarna; Ceria — kad pastel berbucu bulat untuk prasekolah dan sekolah rendah; Akademik — serif formal bernombor 1.0–6.0 dengan kapsyen Rajah, sesuai untuk pra-U, IPG dan pejabat; Bento — grid kotak moden dengan gambar.

    Templat dipilih daripada grid kad bergambar yang boleh dilipat: setiap kad memaparkan lakaran kecil, nama templat dan tag sesuai untuk (cth “Prasekolah · Rendah”, “Menengah · Pra-U”, “Pra-U · IPG · Pejabat”). Ketik cip Semua, Prasekolah & Rendah, Menengah atau Pra-U & Pejabat untuk memendekkan senarai.

    Kad poster menggunakan lebih ruang: dengan 4 gambar dan isi yang sama ia melimpah ke muka kedua — buang satu gambar (3 gambar muat). Templat Majalah hingga Bento direka untuk muat satu A4 dengan sehingga 6 gambar. Tekan Muat turun PDF; PDF Tetamu dan Percuma membawa nota kecil “Dijana dengan SistemGuru.My”.

    PDF OPR templat Grid foto: logo SBC, jadual maklumat, objektif, pelaksanaan, impak, kekuatan, kelemahan, cadangan, empat gambar dan tiga tandatangan dalam satu muka.

    PDF templat Grid foto — satu muka A4.

    Templat Garis masa dipilih: pratonton dengan aliran pelaksanaan bertitik, kotak impak dan cadangan, empat gambar dan tandatangan.
    1. Templat.
    2. Pratonton Garis masa.
    PDF OPR templat Garis masa dalam satu muka A4.

    PDF templat Garis masa.

    PDF OPR templat Kad poster: gambar utama pelancaran roket, tajuk, kad peserta, tarikh dan tempat, isi dua lajur, dua gambar kecil dan tandatangan.

    PDF templat Kad poster (3 gambar).

  8. Langkah 8 Simpan dalam pelayar & eksport lain

    Tetamu boleh menekan Simpan — OPR (termasuk gambar) disimpan dalam pelayar ini sahaja. Lagi ▾ memberi Word (.doc), Cetak, PDF terus dan Salin teks. AI tersusun dan Hantar ke Drive memerlukan Pro.

    Bar atas selepas Simpan oleh Tetamu: Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah 2026 — Disimpan dalam pelayar.
    1. Tajuk & status — Disimpan dalam pelayar.

PercumaSimpan dalam akaun

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Simpan dalam akaun & Dokumen saya

    Log masuk dan tekan Simpan — OPR disimpan dalam akaun bersama gambarnya (tajuk = nama program). Simpan semula mengemas kini dokumen yang sama.

    Dokumen saya menyenaraikan semua OPR anda, terbaru di atas. Buka OPR lama — contoh Karnival STEM bulan Mei — untuk dicetak semula atau dijadikan rujukan program tahun hadapan; semakan dijalankan semula (OPR tanpa gambar mendapat 7/8).
    Bar atas selepas Simpan pada pelan Percuma: Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah 2026 dan status masa disimpan.
    1. Tajuk & status simpanan.
    2. Simpan.
    Tetingkap Dokumen saya — One Page Report: tiga OPR dengan butang Buka dan Padam.
    1. OPR terbaru.
    2. Buka OPR lama.
    OPR Karnival STEM 2026 dibuka dengan borang terisi, semakan 7/8 dan pratonton grid tanpa gambar.
    1. Status Dibuka.
    2. Semakan dijalankan semula.
  2. Langkah 2 Hantar ke Drive & AI dikunci

    Pada Percuma, Hantar ke Drive bertanda Pro dan AI tersusun dikunci. PDF, Word dan Salin teks tersedia sepenuhnya.

    Bar eksport pelan Percuma: Muat turun PDF, Hantar ke Drive bertanda Pro dan Lagi.
    1. Hantar ke Drive — Pro.

ProAI tersusun & Google Drive

Semua langkah dalam bahagian ini juga sama bagi Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 AI tersusun: salin prompt → tampal jawapan

    Pilih AI tersusun, tekan Salin prompt, tampal ke ChatGPT / Gemini / Claude, salin seluruh jawapan (JSON) ke kotak kedua dan tekan Proses jawapan. Gambar tidak dihantar ke AI — hanya teks borang.

    Prompt mengarahkan AI mengekalkan satu poin satu baris yang padat, dan tidak mereka angka impak yang tiada dalam catatan.

    Panel AI tersusun Pro bagi OPR: Salin prompt, prompt, jawapan JSON ditampal dan Proses jawapan.
    1. Segmen AI tersusun.
    2. Salin prompt.
    3. Prompt (jika papan klip disekat).
    4. Tampal jawapan AI.
    5. Proses jawapan.
  2. Langkah 2 Semak kesetiaan, satu muka & muat turun

    App membandingkan setiap angka, tarikh, masa dan nama dalam catatan dengan hasil AI — contoh 22/22 fakta asal ada. Semakan satu muka dijalankan pada versi AI juga (ayat penuh lebih panjang — pastikan masih ✓).

    Contoh: “8.30 pg pembinaan roket (45 min)” menjadi “8.30 pagi: Pembinaan roket dalam tempoh 45 minit.” PDF Pro dan Ultra tidak membawa nota “Dijana dengan SistemGuru.My”.

    Hasil AI tersusun OPR: semakan pematuhan 9/9, semakan kesetiaan 22/22 fakta asal dan pratonton dengan ayat penuh.
    1. Semakan kesetiaan.
    2. Pratonton versi AI.
    PDF OPR versi AI tersusun templat Grid foto dalam satu muka.

    PDF versi AI tersusun.

  3. Langkah 3 Hantar ke Google Drive

    Tekan Hantar ke Drive. OPR disimpan ke SistemGuru.My/Tools/One Page Report; menghantar semula mengemas kini fail yang sama. Sambung Google Drive dahulu di Guru › Akaun.

    Tetingkap Berjaya: Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah 2026 (AI) disimpan ke Google Drive.
    1. Nama fail & folder Drive.
    2. Buka Fail di Google Drive.

UltraAI satu klik

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 ✦ Susun dengan AI — satu klik

    Pada Ultra, segmen AI tersusun memaparkan ✦ Susun dengan AI: catatan disusun terus tanpa salin-tampal (menggunakan kuota AI bulanan), diikuti semakan kesetiaan yang sama. Panel AI luar kekal sebagai pilihan.

    Panel AI tersusun Ultra bagi OPR: butang Susun dengan AI dan semakan kesetiaan 22/22 fakta asal.
    1. ✦ Susun dengan AI.
    2. Semakan kesetiaan.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Tulis satu poin satu baris dan semak ✓ Muat SATU muka sebelum mencetak.

Salah

Menyalin kertas kerja program ke dalam OPR.

Sebab: OPR ialah laporan satu muka — pentadbir membacanya sepintas lalu.

Betul

Tulis impak yang boleh diukur, contoh “24 pasukan bertanding; 2 pasukan layak ke peringkat daerah”.

Salah

Menulis “program berjaya dan mendapat sambutan”.

Sebab: Impak berangka menunjukkan pencapaian objektif.

Betul

Dapatkan surat akuan ibu bapa sebelum berkongsi gambar murid.

Salah

Memuat naik gambar wajah murid ke media sosial tanpa kebenaran.

Sebab: Surat Siaran KPM Bil. 9/2024 dan PDPA.

Soalan lazim

Berapa gambar yang sesuai?

Lazimnya 4 (maksimum 6). Grid foto dan Garis masa memuatkan 4 gambar bersama isi ringkas; Kad poster lebih sesuai dengan 3. Templat Majalah hingga Bento direka untuk muat satu A4 dengan sehingga 6 gambar.

Kenapa semakan kata ~2 muka?

Isi atau gambar melimpah melebihi satu A4 dan tandatangan tertolak ke muka kedua. Ringkaskan poin, gabungkan baris, atau buang satu gambar.

Adakah gambar dihantar ke AI?

Tidak. Hanya teks borang dihantar apabila anda memilih AI tersusun.

Di mana gambar disimpan?

Bersama OPR — dalam pelayar (Tetamu) atau dalam akaun (log masuk). Gambar dimampatkan secara automatik.

Tool berkaitan

Buka One Page Report