e-GuruPanduan SistemGuru.My Buka App

Cara bina JSU — Jadual Spesifikasi Ujian

Pelan kertas ujian berpaksi SK, SP dan Standard Prestasi — langkah demi langkah dengan gambar app sebenar. Percuma: bina baris sendiri. Pro: skop ditarik daripada RPT dan soalan dijana dengan AI luar. Ultra: AI Autopilot.

Sebelum anda mula

Modul ini membaca data daripada modul lain. Siapkan yang bertanda Wajib dahulu.

  1. Wajib
    Jadual WaktuKad subjek JSU datang daripada Jadual Waktu.
  2. Wajib
    RPTPro/Ultra: Tarik daripada RPT mengambil SK, SP dan berat minggu dalam julat skop. Liputan SP dikira terhadap SP RPT dalam julat itu.
  3. Pilihan
    Profil — peringkat & jenis sekolahBank DSKP (SP dan deskriptor TP) dipilih ikut kurikulum anda.
  4. Pilihan
    ExamLiputan Exam mengira soalan dalam Exam › Soalan Saya bagi setiap baris JSU.
  5. Pro
    AI luar (ChatGPT / Gemini / Claude)Pro: menjana soalan daripada prompt JSU. Ultra: AI Autopilot dalam app.
Kenapa langkah ini penting. JSU ialah pelan kertas: SK mana diuji, berapa soalan, aras apa. Ia yang memandu Exam — setiap baris menjadi permintaan soalan yang tepat. Aras kognitif (jenis pemikiran) dan aras kesukaran (berapa ramai murid dijangka betul) ialah dua perkara berbeza.
Perhatian. Indeks kesukaran (p) dan diskriminasi (D) ialah ukuran selepas ujian — lihat Exam › Keputusan & Analisis. Tiada templat JSU rasmi KPM yang diterbitkan secara awam; semakan di sini alat bantu dalaman — ikut arahan panitia dan sekolah anda.
Contoh dalam panduan ini. Gambar dirakam daripada app sebenar: guru rekaan Cikgu Nurul Aina, Sains (BM). Tersimpan: JSU Ujian Pertengahan Tahun 2026 (Tingkatan 4, minggu 1–20, Disahkan). Percuma: JSU Tingkatan 5 Ujian Bulanan Oktober 2026 dibina baris demi baris. Pro/Ultra: JSU Tingkatan 4 Ujian Bulanan Oktober 2026 minggu 34–38 (9.2 Kaca dan Seramik hingga 10.3 Bahan Antioksida). Nama dalam blok pengesahan rekaan.

Apa yang berbeza ikut pelan

Borang, semakan dan cetakan sama bagi semua pelan. Pro menambah tarikan skop dan AI luar; Ultra menambah Autopilot.

Ciri JSUPercumaProUltra
Maklumat ujian · nisbah & KBAT · baris sendiri · butiran SP/TP · pengesahanYaYaYa
Semakan & Liputan · Sepanjang Tahun · Muat turun PDF / Word / Excel / CetakYaYaYa
Tarik daripada RPT · Tarik Seluruh Silibus (DSKP) · Agih Semula Soalan ProYaYa
Prompt soalan untuk AI luar · tampal hasil terus ke Exam ProYaYa
Hantar ke Drive ProYaYa
AI Autopilot — tarik, agih, simpan, jana soalan——Ya

Kenali halaman JSU

Empat tab: Maklumat Ujian · Skop & Baris · Semakan & Liputan · Sepanjang Tahun. Butang Simpan, Bina Soalan dan bar eksport kekal di bawah dua tab pertama.

Semua pelanBina JSU baris demi baris

Gambar pelan Percuma — Sains Tingkatan 5. Langkah sama bagi Pro dan Ultra.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Buka JSU dan tekan kad subjek

    Buka Taksir › JSU. Kad subjek datang daripada Jadual Waktu — tekan satu dan JSU terkini subjek itu terus dibuka. Di bawah kad, jalur kertas menyenaraikan setiap kertas yang tersimpan bagi subjek itu (dengan tahun sesi dan status pengesahan). Lagi ▾ menyimpan Salin Kertas Ini (cth kertas penggal 2 daripada penggal 1) dan Padam Kertas Ini.

    Halaman JSU: kad Sains Tingkatan 4 dan 5, jalur kertas dengan Ujian Pertengahan Tahun 2026 bertanda Disahkan, butang Kertas Baharu dan menu Lagi.
    1. Kad Sains (BM) · Tingkatan 4.
    2. Kad Tingkatan 5.
    3. Kertas tersimpan — status Disahkan.
    4. + Kertas Baharu.
    5. Lagi ▾ — Salin / Padam kertas.
  2. Langkah 2 Isi Maklumat Ujian

    Subjek tanpa JSU terus dibuka sebagai kertas baharu (atau tekan + Kertas Baharu). Dalam tab Maklumat Ujian isi Nama ujian, Jenis (Ujian Sumatif, Formatif, Bulanan, PPT, PAT, UASA, PBD), Tempoh (minit) dan Sesi (tahun).

    Dua lipatan jarang diubah — tajuknya memapar nilai semasa supaya anda tidak perlu membukanya: Nisbah aras kesukaran & sasaran KBAT dan Pengesahan untuk salinan bercetak.

    Tab Maklumat Ujian: nama Ujian Bulanan Oktober 2026, jenis Ujian Bulanan, 40 minit, sesi 2026 dan lipatan nisbah.
    1. Tab Maklumat Ujian.
    2. Nama ujian.
    3. Jenis.
    4. Tempoh (minit).
    5. Sesi.
    6. Lipatan Nisbah & KBAT — ringkasan nilai.
  3. Langkah 3 Nisbah aras kesukaran & sasaran KBAT

    Aras kesukaran = berapa ramai murid dijangka menjawab betul (Rendah / Sederhana / Tinggi) — bukan aras kognitif Bloom. Lalai 50 : 30 : 20 (Format Instrumen UASA 5 : 3 : 2). Jumlah mesti 100% — jika tidak, lipatan terbuka sendiri dengan amaran merah. Skema aras: Rendah/Sederhana/Tinggi, CEFR (A1–B2) bagi Bahasa Inggeris, atau Tiada. Sasaran KBAT % — Panduan UASA 2024/2025 menetapkan 50% item KBAT bagi Tahun 4–6 dan Tingkatan 1–3; isi 0 untuk mematikan semakan ini, atau ikut arahan panitia.
    Lipatan Nisbah aras kesukaran dan sasaran KBAT: Rendah 50, Sederhana 30, Tinggi 20, skema Rendah/Sederhana/Tinggi, sasaran KBAT 40.
    1. Nisbah Rendah / Sederhana / Tinggi %.
    2. Skema aras.
    3. Sasaran KBAT %.
  4. Langkah 4 Skop & Baris: tambah baris sendiri

    Tab Skop & Baris. Pada pelan Percuma, Tarik daripada RPT, Tarik Seluruh Silibus (DSKP) dan Agih Semula Soalan bertanda Pro. Tekan + Baris Kosong bagi setiap kumpulan soalan.

    Bahagian Skop ujian daripada RPT dengan butang Tarik daripada RPT dan Tarik Seluruh Silibus berkunci Pro, serta butang Baris Kosong dan Agih Semula Soalan.
    1. Tarik daripada RPT — Pro.
    2. Tarik Seluruh Silibus (DSKP) — Pro.
    3. + Baris Kosong.
    4. Agih Semula Soalan — Pro.
  5. Langkah 5 Isi setiap baris

    Satu baris = satu kumpulan soalan yang sama ciri. Isi Bidang, Standard Kandungan (taip dengan kod, cth 6.2 Sel kimia — app memadankannya dengan DSKP), Konstruk, Aras Kognitif (Mengingat … Mencipta), Aras Kesukaran, Jenis item (OAP, OAG, OPB, SBS, SRT, SRTb, Tugasan), Bil soalan dan Markah setiap soalan. No. Soalan boleh dibiarkan kosong — ia dinomborkan sendiri semasa simpan (cth 1-5, 6-10, 11-12).

    Contoh Sains T5: 5 soalan OAP 6.2 Memahami/Rendah · 5 soalan OAP 7.1 Mengaplikasi/Sederhana · 2 soalan SRT 7.1 Menganalisis/Tinggi (5 markah setiap satu). ✕ di hujung baris membuangnya.

    Tiga baris JSU Sains Tingkatan 5 dengan bidang, SK, konstruk, aras kognitif, aras kesukaran, jenis, bilangan dan markah.
    1. Bidang.
    2. Standard Kandungan.
    3. Konstruk.
    4. Aras Kognitif.
    5. Aras Kesukaran.
    6. Jenis — Subjektif Respons Terhad.
  6. Langkah 6 Butiran baris: SP, TP sasaran, kertas

    Tekan ▸ di hujung kiri baris. Butiran membuka: Standard Pembelajaran SK itu (tandakan SP yang diuji), Standard Prestasi — TP sasaran dengan deskriptor DSKP (opsyenal; ia dimasukkan ke prompt Exam), serta Kertas, Bahagian dan Wajaran %. Tandakan Papar lajur Kertas / Bahagian / Wajaran di atas jadual untuk menyunting lajur itu terus pada skrin lebar.

    Butiran baris pertama: SP 6.2.1 ditanda, TP sasaran TP2 dengan deskriptor DSKP, dan medan Kertas, Bahagian, Wajaran.
    1. ▸ — buka butiran.
    2. SP yang diuji.
    3. TP sasaran + deskriptor DSKP.
    4. Kertas · Bahagian · Wajaran.
  7. Langkah 7 Semak ringkasan di bawah jadual

    Ringkasan dikira bagi setiap kertas: jumlah soalan dan markah, peratus KBAT (aras Mengaplikasi ke atas) berbanding sasaran, dan taburan aras kesukaran sebenar berbanding nisbah — beza merah = jauh daripada sasaran.

    Ringkasan JSU: 12 soalan, 20 markah, KBAT 58 peratus berbanding sasaran 40, dan jadual aras kesukaran sebenar berbanding sasaran.
    1. Ringkasan kertas: soalan, markah, KBAT, aras kesukaran.
  8. Langkah 8 Pengesahan, Simpan dan Bina Soalan

    Kembali ke Maklumat Ujian › Pengesahan untuk salinan bercetak: Disediakan / Disemak / Disahkan oleh, Jawatan pengesah, Status (Draf, Sedia Semak, Disahkan) dan Tarikh sah. Ini rekod cetakan, bukan kelulusan digital — sistem tidak mengesahkan sesiapa.

    Tekan Simpan JSU. Mesej "JSU disimpan (3 baris)." Bina Soalan → membuka Exam dengan JSU ini terpilih. Bar eksport: Muat turun PDF, Hantar ke Drive (Pro), Lagi ▾ (Word, Excel, Cetak).

    Lipatan Pengesahan diisi dengan tiga nama, status Sedia Semak dan tarikh, serta butang Simpan JSU, Bina Soalan dan bar eksport.
    1. Ringkasan pengesahan.
    2. Disediakan / Disemak / Disahkan oleh.
    3. Status.
    4. Simpan JSU.
    5. Bina Soalan →.
    6. Muat turun PDF · Hantar ke Drive (Pro) · Lagi.
  9. Langkah 9 Semakan & Liputan

    Tab Semakan & Liputan menyenaraikan penemuan: amaran jingga (nisbah aras tersasar, KBAT di bawah sasaran) dan ralat merah (cth SP dalam skop belum diliputi). Lencana pada tab mengira ralat sahaja. Liputan Standard Pembelajaran dikira terhadap skop RPT/DSKP — kertas bina-sendiri tiada set rujukan, jadi app memintanya.

    Tab Semakan dan Liputan: amaran aras Rendah 42 peratus berbanding 50 dan Sederhana 42 berbanding 30, serta nota liputan SP bagi skop ditetapkan sendiri.
    1. Penemuan semakan — amaran nisbah.
    2. Liputan SP.
  10. Langkah 10 Cetak JSU untuk fail panitia

    Muat turun PDF (atau Lagi › Cetak) menghasilkan JSU landskap A4: maklumat ujian dan skop, satu jadual bagi setiap kertas — Bidang, SK, SP, TP, Konstruk, aras, jenis, bilangan, nombor soalan, markah, wajaran — ringkasan nisbah, dan blok Disediakan / Disemak / Disahkan.
    Cetakan Jadual Spesifikasi Ujian Ujian Bulanan Oktober 2026 Sains Tingkatan 5 dengan jadual Kertas 1 dan blok pengesahan.
  11. Langkah 11 Sepanjang Tahun

    Tab Sepanjang Tahun: semua JSU anda dikumpul ikut subjek. Subjek yang anda ajar tetapi belum ada JSU disenaraikan dahulu dengan tanda merah — senarai kerja, bukan arkib. Buka satu subjek untuk melihat kertasnya dan menyunting.

    Tab Sepanjang Tahun: 2 daripada 2 subjek sudah ada JSU, Sains Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 masing-masing 1 kertas.
    1. Kiraan subjek yang sudah ada JSU.

ProSkop daripada RPT, soalan daripada AI luar

Sains Tingkatan 4, minggu 34–38 — 20 soalan dalam beberapa minit.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 Tarik skop daripada RPT

    Kertas tidak boleh menguji apa yang belum diajar. Dalam Skop & Baris, isi Dari minggu dan Hingga minggu — julat, bukan hanya "sehingga" (ujian penggal 2 = minggu 20–30, bukan 1–30) — dan, jika mahu, Sasaran jumlah soalan. Tekan Tarik daripada RPT.

    Untuk kertas akhir tahun, Tarik Seluruh Silibus (DSKP) — di situ memang seluruh silibus diuji. Menarik semula menggantikan semua baris (app meminta pengesahan).

    Skop ujian: dari minggu 34 hingga 38, sasaran 20 soalan, butang Tarik daripada RPT dan Tarik Seluruh Silibus.
    1. Dari minggu.
    2. Hingga minggu.
    3. Sasaran jumlah soalan.
    4. Tarik daripada RPT.
    5. Tarik Seluruh Silibus (DSKP).
  2. Langkah 2 Baris diisi dan soalan diagih ikut berat minggu

    Satu baris bagi setiap SK dalam julat, lengkap dengan bidang, kod SK dan semua SP (3 SP di bawah nombor baris). Bilangan soalan diagih mengikut berapa minggu setiap SK menduduki — SK tiga minggu berat tiga kali SK satu minggu. Mesej: "5 SK ditarik daripada RPT (minggu 34–38), 20 soalan diagih ikut berat minggu."

    Anda masih memilih Konstruk, Aras Kognitif dan Aras Kesukaran bagi setiap baris. Agih Semula Soalan mengagih semula selepas anda mengubah sasaran atau baris.

    Lima baris JSU yang ditarik daripada RPT minggu 34 hingga 38: SK 9.2 hingga 10.3, aras kognitif dari Mengingat hingga Menilai, 4 soalan setiap baris dan lajur Kertas.
    1. SK + kod daripada RPT.
    2. Aras dipilih — Menilai / Tinggi.
    3. Bil — diagih ikut minggu.
    4. Papar lajur Kertas / Bahagian / Wajaran.
  3. Langkah 3 Butiran: SP diliputi, TP sasaran, wajaran

    Butiran baris yang ditarik memaparkan SP SK itu sudah ditanda, dan Wajaran dicadang daripada RPT (cth 1 minggu daripada 5 = 20%). Pilih TP sasaran bagi baris KBAT — deskriptor DSKP-nya dibawa ke prompt soalan.

    Butiran baris SK 10.3: tiga SP ditanda, TP sasaran TP5 dengan deskriptor DSKP, dan wajaran 20 peratus dicadang daripada RPT.
    1. SP ditanda daripada RPT.
    2. TP sasaran.
    3. Deskriptor DSKP.
    4. Wajaran dicadang daripada RPT.
  4. Langkah 4 Simpan, kemudian Semakan & Liputan

    Tekan Simpan JSU. Tab Semakan & Liputan: liputan SP kini dikira terhadap SP RPT minggu 34–38 (17 daripada 17). Liputan Exam menyenaraikan bagi setiap baris berapa soalan Perlu, berapa sudah Ada dalam Exam › Soalan Saya, dan Baki. Prompt pada satu baris menjana prompt bagi baris itu sahaja.

    Tab Semakan dan Liputan pelan Pro: amaran nisbah, liputan 17 daripada 17 SP, AI Autopilot berkunci Ultra dan jadual Liputan Exam dengan butang Prompt setiap baris.
    1. Penemuan semakan.
    2. Liputan SP — 17/17.
    3. AI Autopilot — Ultra.
    4. Prompt satu baris.
  5. Langkah 5 Jana soalan dengan AI luar dan tampal hasilnya

    Buka Guna AI luar › Jana Prompt untuk Semua Baki. Prompt membawa setiap baris: SK, JSUID dan BARISKOD (pautan ke baris JSU), SP, TP sasaran, bilangan, konstruk, aras dan jenis. Salin Prompt ke ChatGPT / Gemini / Claude.

    Tampal jawapan (blok #S1: … dengan SK, JSUID, BARISKOD, Jenis, ArasKognitif, ArasKesukaran, Markah, Soalan, Pilihan, Jawapan; jawapan betul ditanda *) dan tekan Proses & Simpan ke Exam. Mesej: "20 soalan disimpan ke Soalan Saya." JSU mesti disimpan dahulu — prompt membawa pautan kertas.

    Lipatan Guna AI luar: Jana Prompt untuk Semua Baki, prompt soalan, Salin Prompt, kotak tampal hasil AI bermula #S1 dan Proses dan Simpan ke Exam.
    1. Guna AI luar.
    2. Jana Prompt untuk Semua Baki.
    3. Prompt soalan.
    4. Salin Prompt.
    5. Tampal jawapan AI.
    6. Proses & Simpan ke Exam.
  6. Langkah 6 Liputan Exam dikemas kini

    Lajur Ada kini sama dengan Perlu dan Baki 0 ✓ bagi setiap baris. Soalan itu berada dalam Exam › Soalan Saya, terpaut pada baris JSU — sedia disemak dan dibina menjadi kertas.

    Jadual Liputan Exam selepas proses: setiap baris Perlu 4, Ada 4, Baki 0.
    1. Ada = Perlu; Baki 0.

UltraAI Autopilot

Semua ciri Pro, dalam satu tekan.

Nombor merah pada setiap gambar sepadan dengan senarai di bawahnya. Klik atau ketik gambar untuk melihatnya dalam saiz penuh.

  1. Langkah 1 AI Autopilot — satu tekan

    Pada Ultra, isi Maklumat Ujian dan julat minggu, kemudian di tab Semakan & Liputan tekan AI Autopilot — Tarik Skop, Agih & Jana Soalan. Autopilot menarik skop daripada RPT (jika belum), mengagih soalan, menyimpan JSU, kemudian menjana baki soalan bagi setiap baris terus ke Exam (dikelompok ~15 soalan setiap panggilan).

    Butang AI Autopilot Tarik Skop, Agih dan Jana Soalan pada pelan Ultra.
    1. AI Autopilot.
  2. Langkah 2 Semak hasilnya

    Mesej: "JSU Autopilot: 2/2 kelompok soalan disimpan ke Exam. Semak sebelum cetak." Liputan Exam penuh. Autopilot tidak memilih aras bagi baris yang ditariknya (lajur Aras —), jadi AI menggubal tanpa sasaran aras; jika aras penting, tarik skop dan pilih aras setiap baris dahulu, kemudian tekan Autopilot. Ini draf: semak aras dan nisbah setiap baris dalam JSU, dan setiap soalan dalam Exam, sebelum kertas dicetak. Jika satu kelompok gagal disimpan, Autopilot berhenti dan hasil AI kekal di kotak tampal untuk diproses semula.

    Liputan Exam selepas AI Autopilot: setiap baris cukup soalan.
    1. Baris cukup soalan.

Maklumat penting

Betul vs Salah

Berdasarkan cara sebenar app berfungsi.

Betul

Skop ujian bulanan Oktober: minggu 34–38.

Salah

Skop minggu 1–38 bagi ujian bulanan.

Sebab: Julat yang betul memastikan kertas menguji apa yang baru diajar; bilangan soalan diagih ikut minggu dalam julat itu sahaja.

Betul

Aras kognitif (Mengingat … Mencipta) dan aras kesukaran (Rendah / Sederhana / Tinggi) dipilih berasingan.

Salah

Menganggap Mengingat = Rendah dan Menilai = Tinggi.

Sebab: Soalan Mengingat boleh jadi sukar; soalan Menganalisis boleh jadi mudah. Nisbah 50:30:20 dikenakan pada kesukaran; KBAT dikira daripada aras kognitif.

Betul

Simpan JSU dahulu, kemudian jana prompt soalan.

Salah

Menjana prompt bagi JSU yang belum disimpan.

Sebab: Prompt membawa JSUID dan BARISKOD; tanpanya soalan tidak terpaut dan lajur Ada kekal sifar.

Betul

Isi blok Pengesahan sebagai rekod cetakan.

Salah

Menganggap status Disahkan bermakna JSU diluluskan dalam sistem.

Sebab: Tiada akaun Ketua Panitia dalam sistem — status hanya dicetak.

Betul

Ikut format dan nisbah panitia/sekolah anda.

Salah

Menganggap semakan app sebagai templat rasmi KPM.

Sebab: Tiada templat JSU rasmi KPM diterbitkan secara awam; semakan ini alat bantu dalaman.

Langkah JSU dalam app