e-GuruPanduan SistemGuru.My Games

Cara main Makmal Kiki

Game Sains untuk murid Tahun 1 hingga 3. Bersama Kiki si robot comel, murid meramal dan menguji eksperimen 3D mengikut DSKP Sains KSSR. Semua arahan disuarakan.

Game SistemGuru.My. Topik mengikut SK DSKP Sains KSSR Tahun 1-3. Main Makmal Kiki

Sebelum anda mula

  1. Disyorkan
    Daftar akaun percuma (ibu bapa / guru)Tetamu boleh bermain 3 level; akaun menyimpan kemajuan di semua peranti.
  2. Disyorkan
    Bunyi dihidupkanSemua arahan dan fakta disuarakan.

Murid & guruLangkah demi langkah

  1. Langkah 1 Pilih pulau dan topik

    Ketik gambar game di sistemguru.my/games/makmal-kiki/. Kali pertama, pilih Tahun murid (1, 2 atau 3). Di skrin Pulau, setiap topik DSKP mempunyai 3 level; level seterusnya dibuka selepas level sebelumnya selesai.

    Tetamu boleh bermain 3 level pertama. Ibu bapa atau guru boleh mendaftar percuma dalam game untuk menyimpan kemajuan.

    Makmal Kiki: Pilih pulau dan topik
  2. Langkah 2 Kenal

    Ketik setiap objek untuk mendengar nama dan faktanya. Objek yang dikenali masuk ke Buku Spesimen.

    Makmal Kiki: Kenal
  3. Langkah 3 Ramal dan uji

    Ketik bakul sebagai ramalan, contohnya Ditarik atau Tidak ditarik. Kiki kemudian menguji dengan eksperimen 3D: magnet, timbul tenggelam, serapan air, litar, litmus, larutan atau bayang-bayang.

    Jika ramalan salah, murid melihat sendiri hasil sebenar dan mendengar penerangannya.

    Makmal Kiki: Ramal dan uji
  4. Langkah 4 Susun

    Ketik objek mengikut urutan yang betul: kitar hidup rama-rama dan katak, tumbesaran manusia dan tumbuhan, kitar air, pencernaan dan planet.

    Makmal Kiki: Susun
  5. Langkah 5 Label

    Dengar nama bahagian, kemudian ketik bahagian itu pada model 3D: tumbuhan, burung, deria, gigi, litar elektrik dan bentuk muka Bumi.

    Makmal Kiki: Label
  6. Langkah 6 Kuiz bersuara

    Soalan dibacakan. Ketik satu daripada tiga pilihan. Termasuk soalan mengira luas petak dan isi padu kubus.

    Makmal Kiki: Kuiz bersuara
  7. Langkah 7 Makmal Bebas

    Pilih satu daripada 7 eksperimen dan uji objek sesuka hati, tanpa markah dan tanpa bateri.

    Makmal Kiki: Makmal Bebas
  8. Langkah 8 Buku Spesimen

    Kumpul spesimen dengan mengenal, mengelas dan menguji objek. Ketik spesimen untuk mendengar faktanya semula.

    Makmal Kiki: Buku Spesimen

Maklumat penting

Soalan lazim

Untuk umur berapa?

Murid Tahun 1 hingga 3 (umur 7 hingga 9 tahun). Semua arahan, nama objek dan fakta disuarakan; murid hanya perlu mengetik.

Adakah ia mengikut DSKP?

Ya. Topik disusun mengikut Standard Kandungan DSKP Sains KSSR Tahun 1, 2 dan 3; nombor SK dipaparkan pada setiap topik di peta.

Adakah ada iklan atau sembang?

Tiada iklan dan tiada sembang. Pembelian hanya melalui akaun ibu bapa atau guru.

Kenapa anak tidak boleh main lagi?

Ekspedisi menggunakan bateri Kiki yang dicas semula setiap 15 minit supaya masa skrin terkawal. Makmal Bebas dan Cabaran Harian tidak memerlukan bateri.

Berkaitan

Main Makmal Kiki