Langkau ke kandungan

Soalan lazim dan syarat

Ringkasan ini membantu anda membuat keputusan. Perjanjian penuh dihantar melalui emel selepas permohonan diluluskan.

Soalan lazim

Saya sudah ada inovasi di Google Sites atau laman lain. Boleh pindah ke sistemguru.my?
Boleh. Isi borang Pindah Hosting (RM49 setahun bagi setiap inovasi; satu borang untuk satu atau beberapa inovasi) dan berikan pautan inovasi anda. Kami membinanya semula di sistemguru.my tanpa mengubah satu fungsi pun, termasuk data yang disimpan, dan menambah hero dengan nama anda, aplikasi boleh dipasang dan panduan penggunaan. Bayaran dibuat terus melalui ToyyibPay selepas borang dihantar; jika inovasi anda tidak dapat dipindah, wang dikembalikan penuh dalam 3 hari bekerja.
Siapa boleh memohon?
Mana-mana guru yang mempunyai idea inovasi pendidikan berasaskan web untuk murid. Permohonan ini bukan tempahan sehingga kami mengesahkannya melalui emel.
Berapa lama inovasi siap?
Semakan permohonan dibalas dalam 2 hari bekerja. Pembinaan: Asas dan Standard siap dalam 7 hari bekerja, Premium dalam 14 hari bekerja, selepas bahan lengkap dan deposit diterima.
Kenapa ada had projek? Bolehkah saya tempah sekarang?
Setiap inovasi dibina dan diuji satu demi satu, jadi kami hadkan 3 projek bina serentak supaya tempoh siap dipatuhi. Jika penuh, anda masuk senarai menunggu ikut tarikh permohonan; tiada bayaran sehingga projek anda bermula. Pindah Hosting tidak terikat had itu dan siap dalam 1 hari bekerja selepas bayaran, jadi ia tidak menunggu projek bina. Ada tarikh pertandingan? Tulis dalam nota borang supaya kami boleh mengutamakannya.
Adakah murid perlu mendaftar akaun?
Tidak. Tiada akaun murid dan tiada data peribadi murid dikutip. Data kemajuan disimpan pada peranti murid.
Bolehkah AI menjawab apa sahaja?
Tidak. AI hanya menjawab dengan konteks yang disahkan dan mempunyai kuota soalan sebulan. Tiada AI yang menjawab bebas.
Siapa memiliki idea dan kandungan?
Guru kekal pemilik idea, kandungan pengajaran dan data kajian. SistemGuru.My kekal pemilik kod platform dan enjin, dan guru diberi lesen menggunakannya sepanjang tempoh hosting.
Idea saya tidak sepadan dengan mana-mana pakej?
Pilih Sebut harga dalam borang. Kami kenal pasti masalah, analisis jurang dan buat sorotan literatur, kemudian hantar cadangan reka bentuk serta harga pelaksanaan melalui emel. Yuran kajian RM49 kerana kerja kajian sebenar diperlukan; ia dibayar selepas kami mengesahkan permohonan. Sebut harga tidak mengikat.
Berapa kos hosting selepas tahun pertama?
RM49 setahun. Jika hosting tidak disambung selepas 12 bulan, inovasi diarkib 30 hari kemudian ditarik balik.

Had dan syarat ringkas

Ini ringkasan. Perjanjian penuh dihantar melalui emel selepas permohonan diluluskan.

Apa yang boleh dan tidak boleh dibina
  1. Inovasi web pendidikan yang dihoskan di sistemguru.my. Tidak termasuk aplikasi telefon yang dimuat turun.
  2. Pakej Asas dan Standard: sehingga 4 modul dan satu halaman murid. Permintaan lebih besar dinilai berasingan.
  3. AI hanya dengan konteks yang disahkan, dengan kuota soalan sebulan. Tiada AI yang menjawab bebas. AR dan model 3D berasaskan web (tanpa aplikasi); model 3D menggunakan aset berlesen bebas atau model ringkas yang dibina khas.
  4. Tiada akaun murid dan tiada data peribadi murid dikutip. Data kemajuan disimpan pada peranti murid.
  5. Had projek bina: kami membina maksimum 3 inovasi baharu serentak (termasuk paling banyak 1 pakej Premium) supaya setiap projek siap dalam tempoh yang dijanjikan. Jika penuh, anda disenaraikan menunggu mengikut tarikh permohonan dan dimaklumkan tarikh mula melalui emel. Tiada bayaran sebelum projek anda bermula.
  6. Pindah Hosting tidak terikat had 3 projek. Bayaran dibuat terus semasa permohonan, dan inovasi siap dipindah dalam 1 hari bekerja selepas bayaran. Jika permohonan sangat banyak pada hari yang sama, ia diproses ikut giliran dan anda dimaklumkan tarikh siap melalui emel. Nyatakan tarikh pertandingan dalam nota borang; permohonan yang tarikhnya hampir diberi keutamaan.
Tempoh, bayaran dan pembatalan
  1. Asas dan Standard siap dalam 7 hari bekerja, Premium dalam 14 hari bekerja, selepas bahan lengkap dan deposit diterima. Kadar segera (kurang 4 hari bekerja) ditambah 30%.
  2. Deposit 50% hanya diminta selepas kami meluluskan permohonan. Baki dibayar semasa penyerahan.
  3. Pindah Hosting: RM49 setahun bagi setiap inovasi, dibayar terus melalui ToyyibPay (FPX atau kad) semasa permohonan. Jaminan: jika inovasi anda tidak dapat dipindah, bayaran dikembalikan penuh dalam 3 hari bekerja. Inovasi dibina semula tanpa mengubah satu fungsi pun; pepijat yang dibaiki atau perkara yang tidak dapat dipindah (cth akaun pihak ketiga) dimaklumkan kepada anda sebelum dilancarkan.
  4. Sebut harga idea sendiri: yuran kajian RM49, dibayar selepas permohonan disahkan melalui emel. Sebut harga tidak mengikat.
  5. Pembatalan sebelum kerja bermula: deposit dipulangkan. Selepas kerja bermula: deposit tidak dipulangkan.
  6. Satu pusingan pembetulan percuma. Perubahan skop selepas diluluskan dikenakan caj tambahan.
Hak, kredit dan kandungan
  1. Guru kekal pemilik idea, kandungan pengajaran dan data kajian guru itu.
  2. SistemGuru.My kekal pemilik kod platform dan enjin. Guru diberi lesen menggunakannya sepanjang tempoh hosting. Kod enjin tidak diserahkan.
  3. Inovasi dipaparkan sebagai dibina oleh guru: halaman inovasi mempunyai hero dengan foto, nama, sekolah dan biodata ringkas guru. Kertas kerja, slaid, artikel, permasalahan dan rujukan disediakan atas nama guru; SistemGuru.My hanya disebut sebagai platform hosting. Foto dan nama dipaparkan dengan kebenaran guru, dan boleh ditarik balik. SistemGuru.My boleh memaparkan inovasi itu dalam galeri Inovasi Guru.
  4. Guru bertanggungjawab atas ketepatan kandungan, terutama kandungan agama, dan mendapatkan kebenaran pihak sekolah atau PPD untuk penyertaan pertandingan. Kami menyemak aspek teknikal sahaja.
  5. Teks al-Quran daripada Tanzil Project dipaparkan tanpa perubahan.
  6. Jika hosting tidak disambung selepas 12 bulan, inovasi diarkib 30 hari kemudian ditarik balik.

Hubungi & polisi

Daripada idea guru kepada halaman web yang boleh dicuba murid, dihoskan di sistemguru.my. Tiada data peribadi murid dikutip.

Soalan? Emel seomanager@sistemguru.my.

© 2026 SistemGuru.My · ADMIN SISTEMGURU.MY (SSM 202303325253)